Dalam kenyataan selepas sidang kemuncak khas mengenai Ukraine di London, Macron menyatakan bahawa penempatan mana-mana pasukan pengaman Eropah di Ukraine akan berlaku pada peringkat kemudian dan tidak dalam beberapa minggu akan datang.
Beliau turut mencadangkan agar negara-negara Eropah meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka kepada antara 3.0 peratus hingga 3.5 peratus daripada jumlah KDNK, sebagai tindak balas terhadap perubahan dasar Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden AS, Donald Trump.
Kenyataan Macron itu dibuat susulan sidang kemuncak penting di London yang dihadiri puluhan pegawai Eropah bagi membincangkan sokongan kepada Ukraine dan mengkaji isu pertahanan Eropah.
-- BERNAMA
