BEIJING: China melihat situasi di Gaza sebagai "sangat serius" dengan risiko konflik darat berskala besar meningkat dan penyebaran konflik bersenjata di sepanjang sempadan jiran.
Menurut Utusan Khas China ke Asia Barat, Zhai Jun, kesan limpahan di rantau itu dan di peringkat antarabangsa semakin meluas, apabila konflik di sepanjang sempadan Israel-Lubnan dan Israel-Syria merebak, "menjadikan ia membimbangkan."
Sehubungan itu, Zhai menyeru masyarakat antarabangsa supaya "sangat berwaspada dalam hal ini" dan mengambil tindakan segera menggesa pihak terbabit supaya mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dengan tegas dan mengelakkan bencana kemanusiaan yang serius sambil melakukan "usaha bersama untuk mengawal keadaan".
"China bersedia melakukan "apa sahaja yang kondusif" untuk menggalakkan dialog, mencapai gencatan senjata dan memulihkan keamanan, serta mempromosikan penyelesaian dua negara, penyelesaian yang adil dan berkekalan kepada konflik itu," kata Zhai seperti dilaporkan China Central Television.
Minggu lalu, Zhai menyatakan punca krisis Israel-Gaza mengenai kekurangan jaminan untuk hak Palestin ketika beliau bertemu dengan rakan sejawatannya dari Rusia di Qatar, perantara dalam konflik itu.
Zhai berkata, China akan terus mengekalkan komunikasi rapat dengan masyarakat antarabangsa, termasuk negara Arab dan seterusnya akan melawat Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Jordan dan negara lain di rantau itu untuk mengukuhkan lagi penyelarasan yang bertujuan menamatkan krisis.
Sebelum perjalanannya ke Asia Barat, Zhai mengadakan panggilan telefon dengan ketua kementerian luar Palestin, Israel, Mesir, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Norway serta dengan wakil khas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Eropah.
China telah menyediakan dan akan terus memberikan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada rakyat Palestin melalui PBB dan melalui saluran dua hala untuk membantu mengurangkan krisis kemanusiaan, tambah Zhai. - Agensi
Agensi
Mon Oct 23 2023
China melihat situasi di Gaza sebagai "sangat serius" dengan risiko konflik darat berskala besar meningkat dan penyebaran konflik bersenjata di sepanjang sempadan jiran. - Gambar AP
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.
Sudah lima hari Siew Hat hilang, lokasi pencarian diperluas
Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya pada Rabu lalu, diteruskan pada hari kelima.
“Itu antara saingan yang positif” - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata kecergasan dan disiplin adalah keutamaan bagi pasukan penguatkuasa undang-undang terbesar.
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
300,095 laporan polis dibuat oleh orang awam sebulan
Menteri Dalam Negeri berkata polis menerima 300,095 laporan polis sebulan oleh orang awam dan menyatakan orang awam mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya hak individu dilanggar.
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
"Biar SUHAKAM juga faham dalam konteks tugasan polis" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri mencadangkan SUHAKAM mencari masalah dari sudut hak asasi dan berbincang untuk membantu mendidik masyarakat berkenaaan undang-undang pemeriksaan telefon bimbit.
#AWANInews
#AWANInews
Bagaimana pameran AISSE tingkatkan usaha menambah baik keselamatan?
Menteri Dalam Negeri berkata pameran AISSE 2025 mampu meningkatkan usaha menambah baik keselamatan secara dinamik.
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
Bayi perempuan ditemukan di hadapan rumah di Simpang Empat
Seorang bayi perempuan ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat Kangar pagi ini.
Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan
Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan 'hasil terbaik' menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini.
Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan sejak bencana 1995
Lebih 5,400 orang di Jepun meninggal dunia dalam tempoh 30 tahun lepas akibat tekanan dan keletihan serius disebabkan oleh proses pemindahan selepas gempa bumi dan bencana alam lain.
Ribuan turun protes lantikan Trump sebagai presiden
Ribuan orang berkumpul di Washington pada hari Sabtu untuk memprotes pelantikan Presiden AS yang baru dipilih, Donald Trump, bagi penggal kedua.
Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.
Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.
Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza, kata pihak berkuasa
Sebanyak 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.
Bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant undur diri dari politik
Selepas berbulan berselisih pendapat dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yollant akhirnya undur diri.
Hampir 1 juta penduduk Palestin berdepan musim sejuk tanpa tempat perlindungan
Ratusan ribu keluarga yang kehilangan tempat tinggal sedang menghadapi musim sejuk dan hujan tanpa perlindungan yang bermakna, kata Majlis Pelarian Norway.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.