SITUASI yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza susulan serangan berterusan Israel mengakibatkan banyak nyawa tidak berdosa menjadi mangsa.
Kemudahan fasiliti musnah dek kekejaman rejim Zionis.
Tetapi, Hassan Zain al Din mungkin salah satu sosok yang tidak kenal erti lelah untuk memberikan khidmatnya kepada mangsa-mangsa yang terjejas.
Doktor berusia 54 tahun itu sanggup mengayuh basikal dari satu lokasi ke lokasi demi memberikan rawatan.
Semua itu dilakukan demi nyawa yang tidak mampu dibeli dengan nilai wang.
"Kereta saya kehabisan minyak dan saya terpaksa meninggalkannya di tempat saya berteduh di Bureij. Saya terpaksa membeli basikal dan melakukan perjalanan sejauh 15 kilometer (km).
"Saya berulang-alik ke Pusat Penyakit Kronik di Gaza untuk memberi rawatan susulan kepada pesakit saya dan memeriksa pesakit di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kadang kala, kami membuat lawatan rumah ke rumah melibatkan beberapa kes kecederaan yang tidak dapat ke lokasi rawatan," katanya memetik Reuters.
Ketiadaan sumber bahan api turut tidak menghalang dia untuk mengerah keringat dalam membantu pesakit yang kehilangan tempat tinggal.
Kadang kala, Hassan Zain terpaksa melalui jalan-jalan rosak dan melintasi serpihan runtuhan bangunan.
Kongsinya lagi, tiada satupun doktor di Gaza yang tidak boleh melakukan perkara yang sepertinya, walaupun berdepan banyak kekangan seperti ketiadaan elektrik.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 9,000 rakyat Palestin, termasuk 3,542 kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober.
Agensi
Sat Nov 04 2023
Hassan Zain membeli basikal bagi memudahkan dia bergerak memberi rawatan kepada para pesakit di Gaza - Reuters
Malaysia atur hantar pulang 127 rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan sedang mengatur penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia sebelum ini bagi menerima rawatan.
Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah
Alyph menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda Ziana Zain menerusi album The Storm tercapai.
[TERKINI] Israel tunggu senarai tebusan, lengahkan laksana gencatan senjata
Prof Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr Kamaruzzaman Yusof berkongsi analisis mengenai tindakan Israel melengahkan gencatan senjata, dan menggunakan alasan menanti senarai tebusan dari Hamas.
Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.
Amaran hujan berterusantahap buruk di Sarawak sehingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ramalan cuaca signifikan yang mengakibatkan amaran hujan berterusan (buruk) di Sarawak sehingga esok.
AISSE 25 inisiatif strategik sokong Malaysia pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan
Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE 25) merupakan inisiatif strategik yang mendokong tujuan membariskan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan.
[TERKINI] Polis tidak boleh periksa telefon bimbit tanpa alasan sah - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pegawai polis tidak boleh memberhentikan individu secara sembarangan untuk memeriksa telefon bimbit mereka tanpa alasan yang sah.
ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.
Puluhan penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu bangunan mahkamah di Seoul awal pagi Ahad selepas mahkamah melanjutkan penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
Houthi dakwa lakukan serangan kelapan di Laut Merah
Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman mendakwa pihaknya telah melakukan serangan kelapan ke atas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah pada awal pagi Ahad.
Perang Palestin-Israel: Doktor kayuh basikal rawat mangsa di Gaza
Kemudahan fasiliti musnah dek kekejaman rejim Zionis.