RAMALLAH: Perarakan Bendera oleh Israel di Baitulmaqdis pada Khamis mencetuskan kemarahan dan kecaman orang awam dan pegawai Palestin, lapor Xinhua.
Puluhan ribu rakyat Israel menyertai perarakan untuk memperingati "Penyatuan Baitulmaqdis" di tengah-tengah langkah keselamatan Israel yang ketat.
Para peserta mengibarkan bendera Israel dan melaungkan slogan anti-Palestin, berarak dari bahagian barat bandar itu melalui Quarter of the Old City Islama sehingga ke Wailing Wall berhampiran Masjid Al-Aqsa.
Jurucakap presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh, memberitahu pemberita di Ramallah di Tebing Barat bahawa Baitulmaqdis hanya akan menjadi ibu negara Palestin yang Merdeka sampai bila-bila.
"Rakyat Palestin mempunyai hak yang sah di Baitulmaqdis, bukan Israel atau Amerika Syarikat (AS)," kata Abu Rudeineh, mengecam perarakan itu sebagai "provokasi dan peningkatan (ketegangan) Israel."
Beliau menganggap kerajaan Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas peningkatan ketegangan yang akan membawa kepada lebih banyak permusuhan, bukan sahaja di Baitulmaqdis bahkan di seluruh wilayah.
Agensi berita rasmi Palestin (WAFA) melaporkan bahawa peserta Israel dalam perarakan itu yang dilindungi pegawai polis Israel, menyerang beberapa rakyat Palestin.
Polis Israel turut menahan 10 rakyat Palestin kerana menghalang perarakan.
Pada pagi Khamis, Israel mengerahkan lebih 3,000 anggota polis di seluruh kota Baitulmaqdis untuk memantau perarakan itu, menurut Radio Israel.
Di Semenanjung Gaza, ratusan rakyat Palestin berdemonstrasi berhampiran pagar sempadan antara Semenanjung Gaza timur dan Israel membantah perarakan bendera Israel.
Mereka mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan slogan menentang Israel, sambil membakar tayar dan menggantung berpuluh-puluh bendera Palestin di pagar sempadan, kata saksi.
Pemimpin gerakan Jihad Islam Palestin (PIJ), Khaled Al-Batsh, berkata semua bukti sejarah menunjukkan kota Baitulmaqdis adalah milik Islam, Arab dan Palestin.
Tujuh penunjuk perasaan Palestin dilaporkan cedera dan berpuluh-puluh mengalami sesak nafas selepas terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel.
Sementara itu ketua biro Hamas, Ismail Haniyeh, yang memerintah Semenanjung Gaza dalam satu kenyataan akhbar berkata: "penggerak entiti Israel untuk melindungi Perarakan Bendera mencerminkan kerapuhan keselamatan Israel."
Haniyeh berkata konfrontasi dengan musuh masih berterusan dan rakyat kita tidak akan berhenti selagi wilayah termasuk Baitulmaqdis dan hak kami tidak dikembalikan."
Nasionalis Israel mengadakan Perarakan Bendera tahunan untuk meraikan apa yang dipanggil "Hari Yerusalem." Israel menguasai Baitulmaqdis semasa perang 1967 dan mengilhakkannya tidak lama selepas itu - satu langkah yang tidak diiktiraf oleh kebanyakan masyarakat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023

Penunjuk perasaan Palestin mengibarkan bendera ketika adakan protes menentang Perarakan Bendera oleh Israel. - Foto AP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

10,000 bantah kerajaan Netanyahu di Baitulmaqdis
Demonstrasi pada Ahad menentang kerajaan Netanyahu dan menentang pengecualian kepada lelaki Yahudi ultra-ortodoks daripada perkhidmatan tentera.

Raja Maghribi Mohammed VI arah bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Raja Maghribi Mohammed VI mengarahkan penghantaran bantuan makanan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza dan Kota Suci Baitulmaqdis.

Perarakan bendera Israel di Baitulmaqdis cetus kemarahan Palestin
Perarakan Bendera oleh Israel di Baitulmaqdis pada Khamis mencetuskan kemarahan dan kecaman orang awam dan pegawai Palestin.

Bukan Islam diharamkan berkunjung ke Al-Aqsa hingga Ramadan berakhir
Israel mengharamkan pengunjung bukan Islam daripada mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sehingga berakhirnya Ramadan.

Palestin, Israel setuju wujud mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan
Persetujuan dicapai dalam satu rundingan di Mesir yang dihadiri pegawai Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Jordan pada Ahad.

'Jangan ubah status quo Masjid al-Aqsa' - Hamas kepada Israel
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan kedua-dua belah pihak semakin meningkat terutama ketika menjelang bulan Ramadan.

Hari Al-Quds Sedunia: Kesedaran, naratif perjuangan pembebasan Palestin perlu terus diperhebat - Adly Zahari
Jelas Adly, naratif perjuangan dan kesedaran masyarakat terhadap isu Palestin di negara ini amat penting.

Parlimen Israel lanjutkan undang-undang larang penyatuan semula keluarga Palestin
Lanjutan undang-undang itu diluluskan dengan 20 undi menyokong manakala sembilan membantah.

Indonesia kecam lawatan Menteri Israel ke Masjid Al-Aqsa
Kementerian Luar Indonesia mengecam pencerobohan menteri Israel ke kompleks Masjid Al-Aqsa baru-baru ini, dengan menyifatkannya sebagai 'tindakan provokasi'.

Liga Arab kecam kempen 'sistematik' Israel terhadap Baitulmaqdis
Liga Arab mengecam peningkatan kempen "sistematik" Israel di Baitulmaqdis dan serangan ke atas rakyat Palestin serta mencemarkan kesucian tempat ibadat umat Islam dan Kristian