Perarakan tongkang diraja yang dijadual berlangsung pada 24 Oktober untuk menyempurnakan istiadat akhir pemahkotaan Raja Maha Vajiralongkorn pada Mei tahun ini akan ditangguhkan pada 12 Disember.
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam berkata keputusan itu dibuat selepas pihak penganjur meramalkan arus kuat dan paras air meningkat di Sungai Chao Phraya serta keadaan cuaca akan menimbulkan kesukaran semasa perarakan.
Berdasarkan latihan dan mesyuarat, beliau berkata kerajaan menasihatkan raja untuk menetapkan tarikh baharu bagi perarakan tongkang diraja.
"Raja berkenan dan menetapkan tarikh baharu pada 12 Disember," katanya pada sidang media di Parlimen di sini pada Khamis.
Sebanyak 52 tongkang emas dengan 2,200 pengayuh akan belayar sepanjang Sungai Chao Phraya untuk menyempurnakan upacara pertabalan Raja Vajiralongkorn pada Mei tahun ini.
Upacara itu dijadual bermula di pangkalan diraja Wasukri dan berakhir di pangkalan Ratchaworadit, bersebelahan Grand Palace pada 24 Oktober. Perarakan sejauh 3.4 kilometer itu mengambil masa kira-kira 45 minit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 17 2019

Sebanyak 52 tongkang emas dengan 2,200 pengayuh akan belayar sepanjang Sungai Chao Phraya untuk menyempurnakan upacara pertabalan Raja Vajiralongkorn. - Bernama
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

71 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan
Perarakan melibatkan beberapa jalan antaranya Jalan Kuil, Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Jalan Taman Bunga dan Bulatan Istana.

Persembahan Chingay buat penampilan sulung dalam perarakan Hari Kebangsaan
Perarakan Chingay membuat penampilan sulungnya pada perarakan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.

Upin Ipin, Boboiboy, Ejen Ali sertai perarakan Hari Kebangsaan 2024
Golongan penonton cilik paling bersemangat setiap kali melihat watak animasi kegemaran mereka.

Pancaragam Tentera Darat buka tirai perbarisan, perarakan Hari Kebangsaan
Pancaragam Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (Puzida) yang diketuai Kapten Mohd Rizuan Ramzi mendahului perarakan Hari Kebangsaan.

Kepelbagaian busana, budaya etnik pada sambutan Hari Kebangsaan 2024
Kontinjen Perpaduan Malaysia MADANI akan memeriahkan suasana dengan persalinan mereka pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024, 31 Ogos ini.

Hari Kebangsaan 2024: Larangan penggunaan dron pada 26 hingga 31 Ogos di seluruh negara
Penggunaan dron tanpa kelulusan di lokasi-lokasi sambutan dan perarakan di seluruh negara sempena persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2024 bermula dari 26 hingga 31 Ogos ini, adalah dilarang.

Penyokong Israel di New York tuntut pembebasan tebusan
Perarakan yang dilakukan di beberapa jalan di Manhattan itu menarik ahli politik kanan termasuk Ketua Majoriti Senat dan Gabenor New York.

Polis terima notis perarakan WMMY
Pihak polis telah menerima notis perarakan wanita Womens March Malaysia (WMMY) 2024 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada hari sabtu ini.

41 persimpangan jalan ditutup sempena Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping
Penutupan persimpangan jalan tersebut akan bermula jam 6 petang dan dijangka tamat 10.30 malam.

Himpunan Selamatkan Malaysia: Lebih 2,000 peserta berarak ke IPD Dang Wangi buat laporan
Lebih 2,000 individu berbaju putih mula berarak dari kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia, pada Sabtu.