BRUSSELS: Sebarang platform dalam talian yang boleh diakses di Eropah dikenakan peraturan lebih ketat mulai Sabtu termasuk berkaitan perlindungan pengguna dan ketelusan pengiklanan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut Suruhanjaya Eropah, pengguna mesti diberi peluang untuk melaporkan kandungan, barangan dan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang.
Penyedia platform dalam talian seperti Google, Amazon dan YouTube telah mematuhi peraturan terbabit - yang merupakan sebahagian daripada Akta Perkhidmatan Digital (DSA) sejak Ogos 2023.
Platform terbabit harus menyediakan maklumat tentang iklan yang dipaparkan termasuk mengapa iklan berkaitan dipaparkan kepada pengguna dan siapa yang telah membayar untuk tujuan itu.
Di samping itu, kanak-kanak di bawah umur akan diberi perlindungan khas.
Persatuan digital Bitkom berkata tindakan terbabit merupakan langkah penting demi melindungi pengguna internet di EU.
Pengguna akan dilindungi daripada maklumat salah, ucapan kebencian dan produk palsu manakala keselamatan dalam talian akan dipertingkatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024

Menurut Suruhanjaya Eropah, pengguna mesti diberi peluang untuk melaporkan kandungan, barangan dan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PM Anwar lancar KedaiFGV.com pada Hari Peneroka Felda 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan KedaiFGV.com, platform dalam talian milik FGV Holdings Bhd yang menawarkan produk tempatan berkualiti tinggi kepada orang ramai.

Peraturan lebih ketat bagi platform jualan dalam talian di EU
Menurut Suruhanjaya Eropah, pengguna mesti diberi peluang untuk melaporkan kandungan, barangan dan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang.

Tindakan tegas terhadap pihak terlibat jual dadah dalam laman sesawang gelap
Dadah berkenaan kini dijual pada harga serendah RM18 menerusi platform dalam talian.

Tinjauan Astro AWANI: Apakah nasib si penjual lemang tatkala PKP?
Berbekalkan pengalaman daripada PKP lepas, penjual lemang menggunakan kaedah berbeza iaitu platform dalam talian untuk mempromosikan jualan lemangnya.

Harumanis 'laku keras' di platform dalam talian
Sejak awal musim sehingga kini, FAMA telah menjual 20 tan matrik Harumanis ke seluruh negara.

Sentiasa waspada, tingkatkan keselamatan dalam talian anda - CFM
Pengguna harus bersikap proaktif dalam melindungi keselamatan dalam talian mereka.

Platform e-dagang: KKMM belum bincang kenakan caj perkhidmatan 20 sen
Kenyataan yang dikeluarkan KKMM itu sebagai reaksi kepada kenyataan awal yang dikeluarkan Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Kelantan semalam.