HONG KONG: Perdagangan multilateral memperlihatkan nilai yang amat signifikan apabila amalan perlindungan terus berleluasa pada masa ini, kata Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor pada Rabu.
Semasa berucap pada majlis perasmian Forum Kemuncak Jalur dan Laluan keenam di Hong Kong, beliau yakin forum yang menumpukan agenda perdagangan antarabangsa itu dapat menyumbang kepada peningkatan kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), selain merancakkan perdagangan multilateral.
Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) merangkap Pengerusi Persekutuan Industri dan Perniagaan Seluruh China (ACFIC), Gao Yunlong dalam ucapannya menerusi pautan video menyifatkan Hong Kong sebagai wadah penting bagi pembangunan BRI.
Menurut beliau, dengan memanfaatkan kelebihan tersendiri dalam bidang kewangan dan perdagangan antarabangsa serta perkhidmatan profesional, Hong Kong memainkan peranan sebagai penghubung penting bagi menggalakkan kerjasama BRI.
Bertemakan "Pacu Pertumbuhan menerusi Perdagangan Serantau dan Antarabangsa", forum itu merangkumi pelbagai acara termasuk sesi dialog, subforum, sesi promosi pelaburan, pameran dan lain-lain.
Lebih 6,000 peserta dari 80 buah negara dan wilayah berdaftar untuk menyertai forum tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 02 2021

Carrie Lam yakin forum yang menumpukan agenda perdagangan antarabangsa itu dapat menyumbang kepada peningkatan kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), selain merancakkan perdagangan multilateral. - Gambar fail/REUTERS

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Skuad boling lelaki negara muncul juara Piala Dunia di Hong Kong
Skuad boling lelaki negara muncul juara dalam acara berpasukan Piala Dunia Boling Tenpin selepas menewaskan Puerto Rico 3-2.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.

Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.

APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.

Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.

Hong Kong siasat kematian sembilan monyet di zoo
Kematian sembilan ekor monyet dalam beberapa hari di sebuah zoo di Hong Kong, mendorong siasatan dijalankan untuk mengetahui puncanya, lapor United Press International (UPI).