BUCHAREST: Perdana Menteri Romania Nicolae Ciuca mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin dan menjangkakan kerajaan baharu memulakan tugas rasminya "pada hujung minggu ini", lapor Xinhua.
"Hari ini tiba masanya saya menamatkan tugas saya sebagai perdana menteri Romania. Dengan cara ini... pada peringkat gabungan parti kerajaan, prosedur untuk melaksanakan penggiliran bermula.
"Kami mencadangkan agar kerajaan dibentuk selewat-lewatnya pada Khamis dan dengan cara ini, kami boleh terus menangani isu-isu yang menjadi keutamaan -- melalui program kerajaan dan untuk setiap perkara yang sepatutnya dibuat kerajaan sesebuah negara," katanya di Istana Victoria.
Penggiliran itu sepatutnya berlaku pada 25 Mei tetapi mogok guru melengahkan proses berkenaan.
Ciuca telah berjanji untuk menyelesaikan konflik buruh sebelum meletak jawatan.
Kesatuan sekerja Romania pada Isnin memutuskan untuk menangguhkan mogok umum mereka selepas tawaran terbaru kerajaan untuk menaikkan gaji guru.
Mengikut perjanjian yang dicapai antara ahli gabungan parti pemerintah yang mengangkat sumpah pada November 2021, negara itu akan menggilirkan perdana menterinya setiap 18 bulan sebelum pilihan raya parlimen akan datang yang dijangka pada Disember 2024.
Ciuca dari Parti Liberal Nasional akan menyerahkan jawatan itu kepada presiden Parti Sosial Demokrat, Marcel Ciolacu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023

Ciuca dari Parti Liberal Nasional akan menyerahkan jawatan itu kepada presiden Parti Sosial Demokrat, Marcel Ciolacu. - Gambar fail/ Reuters

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Perdana Menteri Romania letak jawatan
Perdana Menteri Romania Nicolae Ciuca mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin dan menjangkakan kerajaan baharu memulakan tugas rasminya "pada hujung minggu ini".