KUALA LUMPUR :Sebahagian penduduk di Perth, Australia terpaksa mengetepikan arahan perintah berkurung di negara itu apabila situasi kebakaran hutan yang semakin merebak memaksa mereka untuk mencari kawasan perlindungan.
Difahamkan, sekitar 71 kediaman dilaporkan musnah sepenuhnya akibat kejadian tersebut yang berlaku di bandar keempat terbesar di negara itu.
Bencana kebakaran yang berada di luar kawalan turut menyaksikan enam anggota bomba mengalami kecederaan termasuk seorang melecur dalam operasi pemadaman kebakaran.
Arahan perintah berkurung melibatkan seramai dua juta penduduk di bandar itu yang mula dikuatkuasakan bermula Ahad lalu.
Keadaan yang semakin genting menyebabkan beberapa amaran kecemasan dikeluarkan pihak berkuasa susulan jangkaan yang bertambah buruk apabila angin semakin bertiup kencang menyebabkan api merebak pantas.
Menurut Ketua Menteri Australia Barat, Mark McGowan berkata, apa yang berlaku ketika ini merupakan satu perkara yang belum pernah terjadi sebelum ini.
“Perkara seperti ini belum pernah berlaku semuanya dalam satu masa yang sama apabila kebakaran buruk berlaku sewaktu tempoh berkurung,” katanya.
Setakat ini, tiada sebarang penambahan kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara itu namun angka kemusnahan rumah dijangka terus meningkat ekoran kebakaran yang sedang berlaku.
Orang ramai mula bertindak untuk mencari kawasan perlindungan sejak Isnin lalu dan sebahagian besar mereka menempatkan diri di pusat pemindahan.
Agensi
Wed Feb 03 2021

Sekitar 71 kediaman musnah sepenuhnya akibat kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berikutan faktor angin kencang. - AP
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Western Australia destinasi baharu pilihan rakyat Malaysia untuk percutian keluarga
Perth sebagai sebuah ibu kota Australia Barat atau lebih dikenali sebagai Western Australia kini muncul sebagai destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang mencari pengalaman percutian santai.

Pasukan olahraga MSSM raih lapan pingat emas di Perth
Pasukan negara diwakili oleh 12 pelajar sekolah menengah yang merupakan atlet terbaik dari seluruh negara dan tiga orang pegawai.

Penerbangan Scoot ke Perth berpatah balik ke Singapura selepas terima ancaman bom
Penerbangan Scoot TR16 dari Singapura ke Perth terpaksa berpatah balik ke republik itu apabila menerima ancaman bom selepas kira-kira sejam di udara.

Hoki: Skuad remaja menang lima aksi persahabatan di Perth
Skuad itu dijadual pulang ke Malaysia hari ini bagi membuat persediaan menghadapi saingan MHL yang akan membuka tirai 9 Feb.

Konflik Afghanistan: Australia pindahkan 76 orang lagi
Kesemua mereka diterbangkan ke pangkalan tentera Australia Al Minhad di Emiriah Arab Bersatu, sebelum kemudiannya ke Perth, pada Khamis.

COVID-19: Greater Sydney perlukan sekatan lebih seragam - Pakar kesihatan
Sekatan lebih ketat turut dikenakan di beberapa wilayah lain yang juga mencatatkan jumlah yang tinggi ketika ini.

COVID-19: New Zealand henti sementara gelembung perjalanan dengan Australia
New Zealand menghentikan sementara gelembung perjalanan bebas kuarantin dengan Australia yang baru dibuka berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Australia.

Lelaki bakal didakwa bunuh bayi berusia tiga bulan
Seorang lelaki bakal didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan di Perth, Australia.

Perintah berkurung di Perth sukar, penduduk terpaksa cari tempat berlindung akibat kebakaran
Pelaksanaan Perintah Berkurung di Perth, Australia sukar berikutan kebakaran hutan yang berlaku memaksa penduduk keluar mencari tempat berlindung.