MOSCOW: Pemberontak di Guinea mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh negara selepas mengumumkan berjaya menahan Presiden Alpha Conde, lapor Sputnik memetik media Perancis.
"Perintah berkurung seluruh negara akan dikenakan sehingga dimaklumkan kelak," lapor harian Ouest-France pada Ahad.
Kumpulan pemberontak turut memaklumkan askar akan mengambil alih jawatan gabenor dan pengawai tempatan.
Kumpulan itu juga akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri Kabinet dan pegawai tinggi lain pada Isnin pagi, lapor Ouest-Perancis dan Le Figaro.
Pada Ahad, pihak berkuasa Guinea memaklumkan istana presiden telah diserang pemberontak dan presiden ditahan. Pemimpin kudeta, Mamady Doumbouya, turut mengumumkan pembubaran kerajaan serta memansuhkan perlembagaan dan menutup sempadan.
Doumbouya berkata presiden dalam keadaan selamat dan tempat beliau ditahan dirahsiakan.
Presiden Alpha Conde memenangi penggal ketiga dalam pemilihan yang mencetuskan kontroversi tahun lalu, berikutan keputusannya untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan beliau menjadi presiden untuk penggal ketiga. Ia telah mencetuskan rusuhan walaupun perlembagaan diubah melalui referendum.
Penyokong tentera pemberontak turun ke jalan-jalan di ibu negara (Conakry) selepas rampasan kuasa, menurut media tempatan. Mereka melaungkan slogan memuji tentera.
Sementara itu, Perwakilan Tinggi Kesatuan Eropah (EU) untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Keselamatan Josep Borrell mengecam rampasan kuasa itu dan meminta pemberontak membebaskan presiden.
Pemberontak berikrar untuk memastikan keselamatan penduduk tempatan, kata junta, yang kini dikenali National Rally and Development Committee (CNRD).
"Semua langkah akan diambil untuk memastikan keselamatan rakyat dan harta benda mereka," menurut CNRD dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021

Angkatan tentera mengambil kedudukan semasa pemberontakan yang menyebabkan penggulingan presiden Alpha Conde di kawasan Kaloum di Conakry, Guinea, 5 September 2021. REUTERS

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Guinea: Letupan gudang bahan api akibatkan 100 cedera, beberapa lagi maut
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera manakala beberapa lagi terbunuh dalam letupan di sebuah depoh bahan api di Conakry, ibu negara Guinea.

AFCON: Mesir dedah Salah berdegil abai permintaan x-ray Liverpool
Salah beraksi sepanjang perlawanan kelayakan AFCON yang menyaksikan The Pharaohs menang menerusi gol lewat Mostafa Mohamed.

Perintah berkurung diisytihar di Guinea
Kumpulan pemberontak turut memaklumkan askar akan mengambil alih jawatan gabenor dan pengawai tempatan.

Guinea isytihar penularan pandemik Ebola
Ketika dunia sedang bergelut dengan COVID-19, Guinea mengisytiharkan penularan pandemik Ebola di negara itu pada Ahad.

Ebola: 4 dilapor meninggal dunia di Guinea, korban pertama sejak 2016
Insiden kematian itu amat membimbangkan kerana wabak yang muncul semula selepas lima tahun dari 2013 hingga 2016 itu pernah meragut 11,300 nyawa.

Enam kanak-kanak maut disambar petir ketika bancuh teh
Enam kanak-kanak berusia empat hingga 10 tahun maut akibat disambar petir ketika membancuh teh di bawah pokok mangga dalam kejadian yang berlaku di pantai barat Guinea pada Rabu.

Jumlah kematian Ebola kini 5,420 orang: WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia itu mendedahkan, sejumlah 15,145 kes jangkitan dilaporkan sejak akhir Disember 2013.

Malaysia sumbang 20.9 juta sarung tangan kepada negara terjejas Ebola
Malaysia menghantar kira-kira 20.9 juta keping sarung tangan perubatan kepada lima negara Afrika yang terjejas oleh virus Ebola yang boleh membawa maut.