KUALA LUMPUR: Sudah tentu ramai yang tidak sabar menantikan perkahwinan diraja pertama pada tahun ini melibatkan 'putera pujaan ramai' Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah Adam.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja yang sama tampan dan jelita itu, berlangsung selama 10 hari dengan Istiadat Bersuruh Diraja diadakan pada hari ini.
Portal berita RTB Brunei melaporkan istiadat berkenaan berlangsung pada jam 2.15 petang tadi.
Sementara itu, semakan Astro AWANI di laman media sosial, dipercayai dikendalikan oleh kelab peminat pasangan diraja itu, beberapa kemas kini turut dikongsi termasuk suasana Istiadat Bersuruh Diraja.
Difahamkan pada 3 Januari lalu, satu majlis khatam al-Quran untuk Dayang Anisha telah diadakan, dengan bakal isteri Putera Mateen itu menggayakan baju kurung fabrik tenun tradisi Brunei yang dihasilkan pereka fesyen terkenal, Teh Firdaus.
Majlis akad nikah pasangan Putera Mateen dan Dayang Anisha dijadual berlangsung pada 11 Januari ini.
Acara puncak istiadat perkahwinan selama 10 hari ini merupakan Majlis Bersanding Pengantin Diraja yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Pasangan diraja itu kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala majlis resepsi akan diadakan pada 15 Januari.
Putera Mateen, 33, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.
Dayang Anisha pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.
Astro Awani
Sun Jan 07 2024
Dayang Anish mengayakan baju kurung fabrik tenun tradisi Brunei yang dihasilkan pereka fesyen terkenal, Teh Firdaus pada majlis khatam al-Quran yang berlangsung pada 3 Januari lalu - Foto: Instagram TehFirdaus
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha tunai umrah
Pasangan Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha Rosnah sedang menjalani ibadah umrah di bulan Ramadan.
Dikatakan mirip Putera Mateen, wajah penjual ais krim ini gamit perhatian warga siber
Lelaki tersebut yang mengenakan jaket ungu dan topi hitam itu sesekali terlihat tersenyum ke arah kamera selepas menyedari dirinya sedang dirakam.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah buat Putera Mateen dan pasangan
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat pengantin baharu dan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama pasangannya Dayang Anisha Rosnah.
PM Anwar, Wan Azizah titip doa buat Putera Mateen, pasangan
Anwar dan Dr Wan Azizah mendoakan semoga perkahwinan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama Dayang Anisha Rosnah diberkati serta dirahmati Allah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perkahwinan diraja: Putera Mateen, Dayang Anisha selamat diijab kabul
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.
Perkahwinan Diraja: Istiadat Bersuruh Diraja Putera Mateen, Dayang Anisha berlangsung
Portal berita RTB Brunei melaporkan istiadat berkenaan berlangsung pada jam 2.15 petang tadi.