PERMAISURI Rania Al Abdullah dari Jordan menegaskan, terdapat "piawaian pilih kasih yang ketara" dalam perang Israel-Hamas oleh dunia Barat.
Kata beliau, 'piawaian pilih kasih’ itu jelas ketara apabila dunia Barat mengutuk serangan Hamas pada 7 Oktober, namun, tidak pula membidas pengeboman Gaza oleh Israel atau mendesak gencatan senjata dilakukan.
"Apabila serangan Hamas pada 7 Oktober berlaku, dunia begitu pantas dan teguh berdiri di belakang Israel dengan hak mereka untuk mempertahankan diri serta mengutuk serangan yang berlaku.
“Tetapi apa yang kita saksikan dalam beberapa minggu yang lalu, kita saksikan sikap berdiam diri di seluruh dunia," kata beliau dalam wawancara dengan CNN pada Selasa.
"Adakah kita diberitahu bahawa adalah salah membunuh sebuah keluarga, seluruh keluarga, dengan pistol, tetapi adalah okey untuk menggempur mereka hingga mati? Saya maksudkan, terdapat 'piawaian pilih kasih' di sini.
"Ini hanya menggemparkan dunia Arab," katanya lagi.
Dalam masa sama, Permaisuri Rania mengkritik pemimpin-pemimpin dunia kerana tidak mendesak gencatan senjata dilakukan ketika Israel 'menggempur Gaza secara meluas.'
"Bagi banyak orang di rantau kami, ia memperlihatkan dunia barat bersubahat melalui sokongan dan perlindungan yang mereka berikan kepada Israel," katanya.
"Banyak orang di dunia Arab melihat dunia Barat bukan sahaja bertoleransi, tetapi juga membantu dan menyokongnya (Israel)."
Permaisuri Rania juga memberitahu, rakyat Jordan bersatu dalam kesedihan mereka dan bahawa beliau tidak percaya dengan gambar-gambar menggemparkan yang diedarkan luar dari Gaza.
Dalam perkembangan sama, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa negara-negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggunakan pengaruh mereka untuk menghentikan perang ini.
"Kemanusiaan harus dipertimbangkan" untuk membolehkan bantuan kemanusiaan sampai ke penduduk Gaza, kata Blinken dengan mengecualikan penggunaan frasa "gencatan senjata."
Pada Isnin, Presiden AS, Joe Biden pantas membetulkan kenyataan yang keluar dari mulutnya selepas meminta "gencatan senjata" dilakukan.
"Bukan gencatan senjata. Kita patut mempunyai tawanan yang perlu dibebaskan dan kemudian kita boleh berbincang (mengenai gencatan senjata)," tegas Biden memberi peringatan kepada Hamas.
Itu merupakan kenyataan bertulis pertama Biden yang dikeluarkan selepas Hamas menyerang Israel.
Namun begitu, tiada sebarang penegasan merujuk kepada frasa "gencatan senjata" dan beliau serta pegawai kanannya tidak pernah walau sekali menggesa secara terbuka tindakan itu perlu diambil.
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres juga menyeru "gencatan senjata kemanusiaan segera" dilakukan di wilayah konflik ini.
Astro Awani
Tue Oct 24 2023

Permaisuri Rania mengkritik pemimpin-pemimpin dunia kerana tidak mendesak gencatan senjata dilakukan ketika Israel 'menggempur Gaza secara meluas.' - Foto Instagram/@queenrania

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Permaisuri Rania bidas dunia barat 'pilih kasih' tangani perang Palestin-Israel
Pendekatan pilih kasih itu ketara apabila dunia barat kutuk serangan Hamas, namun, tidak membidas tindakan Israel bom Gaza.