Hasrat Cyprus untuk mendapat pakej penyelamat daripada tabung kewangan antarabangsa dan sekutu Eropah bagi menangani krisis kewangan tidak kesampaian selepas satu rang undang-undang kontroversi ditolak oleh ahli-ahli parlimen.
Di bawah rang undang-undang terbabit, Cyprus hanya layak mendapat bantuan kewangan jika cukai deposit dikenakan ke atas semua akaun bank.
Rang undang-undang berkenaan yang dipinda pada pagi Selasa ditolak dengan 36 ahli parlimen membantah, 19 berkecuali dan tiada yang menyokongnya.
Ini bermakna, tanpa bantuan kewangan dari luar sistem perbankan Cyprus akan runtuh dan negara tersebut akan muflis.
Kerajaan Cyprus kini perlu tampil dengan satu pelan alternatif antaranya memperkenalkan rang undang-undang yang dapat diterima oleh semua pihak.
Di bawah perjanjian asal yang dicapai di Brussels lewat Jumaat lalu, untuk melayakkan bantuan kewangan bernilai 10 bilion euro, Cyprus perlu mendapatkan 5.8 bilion euro berupa dana tambahan dengan mengenakan cukai ke atas semua akaun bank.
Semua bank di Cyprus diarahkan menghentikan operasinya sehingga Khamis ini sementara menunggu rang undang-undang berkenaan dibahas dan dipinda.
Agensi
Tue Mar 19 2013
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Menteri Luar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU di Brussels
Ia dijangka membincangkan, antara lain, hala tuju hubungan dialog ASEAN-EU serta kerjasama politik, keselamatan dan ekonomi.
Sidang Kemuncak ASEAN-EU buka ruang bincang isu perdagangan
Sempena dengan sidang kemuncak itu rundingan dua hala intensif antara wakil EU dan Malaysia bakal diadakan.
Pemimpin EU hampir capai persetujuan pelan rangsangan ekonomi 750b Euro
Ini selepas Presiden Majlis EU Charles Michel membentangkan kompromi untuk mengurangkan jurang antara kumpulan yang bersetuju dan yang tidak.
Sesi persekolahan di Belgium dibuka semula
Setiap murid dan pelajar perlu memastikan penjarakan sosial sepenuhnya namun sesi pembelajaran menerusi dalam talian tetap diteruskan.
Tidak peduli rayuan Itali, Kesatuan Eropah akhirnya tampil mohon maaf
Selepas Rom mendakwa permohonan bantuan perubatan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 tidak mendapat respons bulan lalu, Kesatuan Eropah (EU) tampil membuat permohonan maaf kepada negara itu.
COVID-19: Belgium umum kilang coklat sebagai sektor penting, dibenarkan beroperasi
Beberapa pengeluar jenama coklat sedang berusaha memastikan jualan mereka tidak terjejas dalam tempoh kritikal ini.
Laman web palsu sebar berita propaganda India
Kewujudan rangkaian penyebaran berita palsu pro-India didedah.
OIC sokong krisis di Syria diselesaikan guna politik
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mendesak komuniti antarabangsa untuk segera membantu pelarian Syria dan menyokong penyelesaian politik.
Wan Azizah kesal Suu Kyi abai isu Rohingya
Dr Wan Azizah berkata reputasi Suu Kyi sebagai Pemenang Hadiah Keamanan Nobel tercalar berikutan keengganannya mendesak tentera Myanmar menamatkan kempen keganasan yang berlarutan sekian lama itu.
Malaysia, EU akan meterai PCA pada Januari 2019
Malaysia akan melihat perdagangan dua hala dan pelaburan dengan lebih meluas apabila PCA ditandatangani dengan EU, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.