NEW DELHI: Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan.
Rompakan itu berlaku di cawangan Punjab National Bank di daerah Ukhrul, 80 km dari ibu negeri Imphal, pada petang Khamis, lapor media tempatan pada Jumaat.
Cawangan itu menyimpan wang tunai Reserve Bank of India untuk diedarkan kepada bank dan mesin juruwang automatik (ATM).
Perompak mengurung pengawal keselamatan dan pekerja di dalam bilik air sebelum melarikan wang dari bilik kebal, lapor Agensi Berita PTI.
Manipur yang bersempadan dengan Myanmar, kini dilanda konflik etnik sejak pertempuran meletus antara majoriti masyarakat puak Meitei dan Kuki-Zo pada Mei tahun ini.
Negeri itu juga berhadapan masalah pemberontakan.
Pada Rabu, kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai United National Liberation Front (UNLF) bersetuju untuk menamatkan pemberontakan dalam "perjanjian damai" penting dengan kerajaan India persekutuan dan pentadbiran Manipur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

Rompakan itu berlaku di cawangan Punjab National Bank di daerah Ukhrul, 80 km dari ibu negeri Imphal, pada petang Khamis. - Reuters
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Lelaki diserang sawan sebelum ditemukan lemas di bilik air
Bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian diklasifikasikan sebagai lemas.

Polis tahan lelaki bantu siasatan kamera tersembunyi dalam inap desa
Lelaki berusia 20-an itu ditahan di Kuala Lumpur petang ini hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan oleh pihak polis.

Perompak larikan AS$2.2 juta dari bank di India
Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan.

Nak ubah suai bilik air? Ini 7 perkara anda wajib tahu
Saiz bilik mandi, kualiti bahan dan upah pekerja semua ini merupakan faktor yang akan memberi impak secara langsung terhadap kos renovasi anda.

Wanita cedera tangan tertusuk besi
Wanita berusia 23 tahun berada dalam bilik air dengan keadaan pergelangan tangan kanan mangsa telah tertusuk serpihan besi sepanjang 5cm.

COVID-19: Warga emas meninggal dunia dalam bilik air
Difahamkan suami dan anak mangsa disahkan positif COVID-19 dan dibawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin.

Kematian warga emas dalam bilik air tiada unsur jenayah - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mangsa tidak menemui sebarang kecederaan akibat daripada pergelutan.

Warga emas ditemui maut dalam bilik air di rumah
Mangsa yang dikenali sebagai Che Jamilah Ahmad, 72 tahun, ditemui oleh anak lelakinya yang pulang ke rumah kira-kira jam 7 petang.

Sesak nafas, rebah dalam bilik air, Luna Maya alami kecederaan kecil
Luna ditemui oleh kru produksi dalam keadaan sesak nafas dan terduduk di atas lantai.

Remaja dipercayai baru lahirkan anak ditemui mati
Difahamkan, remaja berumur 18 tahun itu dipercayai meninggal dunia selepas melahirkan bayi berkenaan kira-kira pukul 2 petang.