Pertempuran sengit di Daraa dan Homs diserang bertalu ketika ulang tahun kedua kebangkitan rakyat Syria menentang kepimpinan Presiden Bashar Al Assad.
Pemimpin Tentera Pembebasan Syria, (FSA) berikrar tidak akan mengalah sehingga kerajaan negara itu ditumbang.
Ketua Majlis Tentera Tertinggi, Jeneral Salim Idris berkata ia menjadi tanggung jawab FSA untuk melindungi semua rakyat Syria.
Dia mengakui perjuangan selama ini bukan mudah kerana mereka diasak dengan serangan kapal terbang, kereta kebal dan tembakan meriam.
Bagaimanapun, ia tidak mematah semangat kumpulan penentang.
Sementara sempena ulang tahun kedua, pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan bangunan kerajaan di Damsyik.
Langkah berkenaan dibuat selepas anggota anti kerajaan meningkatkan serangan ke atas tentera dan bangunan awam.
Dalam rakaman yang disiarkan, ia memapar visual orang ramai cuba memadam kebakaran.
Astro Awani
Sat Mar 16 2013
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
750 suspek pengikut Daish bebas susulan serangan Turki
Sekurang-kurangnya 750 orang yang disyaki terbabit dengan Daish dilaporkan telah melarikan diri dari kem perpindahan Ain Issa di timur laut Syria.
Presiden Syria, Bashar Al Assad masih enggan berunding di Geneva
Kumpulan pembangkang Syria mendesak Rusia agar dapat meyakinkan Presiden Bashar Al Assad ke meja rundingan.
Syria ugut lancar peluru berpandu SCUD ke arah Israel
Syria dikatakan memiliki lebih 800 peluru SCUD, setiap satunya berkebolehan menghantar satu muatan separuh tan bahan letupan.
$5.2 bilion diperlu bantu mangsa konflik di Syria
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menjangkakan menjelang hujung tahun, separuh daripada penduduk negara berkenaan perlu bantuan.
Aktivis penentangan Syria kecewa dengan sokongan dunia
Kumpulan aktivis kecewa selepas dua tahun sokongan antarabangsa ke atas perjuangan mereka menentang rejim Bashar Al Assad didakwa semakin berkurangan.
Pertempuran cemari ulang tahun kebangkitan Syria
Pertempuran sengit di Daraa dan Homs diserang bertalu ketika ulang tahun kedua kebangkitan rakyat Syria menentang kepimpinan Presiden Bashar al Assad.
30 terbunuh dalam serangan di timur Damsyik
Lebih 30 terbunuh selepas tentera kerajaan Syria menyerang sebuah stesen minyak di timur Damsyik.
60 ribu warga Syria terkorban sepanjang 22 bulan
Lebih 60 ribu penduduk Syria dilaporkan terkorban sepanjang 22 bulan kebangkitan menentang kepimpinan Presiden Bashar Al Assad.