BANGKOK: Pertempuran sengit di wilayah Kayah, Myanmar yang dilanda konflik memaksa lebih 5,000 orang melarikan diri ke Mae Sot, sebuah bandar sempadan Thailand kira-kira 15 km dari tempat serangan udara dilaporkan berlaku pada petang Khamis lalu.
Bangkok Post memetik gabenor wilayah Tak, Somchai Kitcharoenrungroj sebagai berkata 5,358 penduduk kampung dari Myanmar telah menyeberangi Sungai Moei untuk mendapatkan perlindungan di negara Thai.
"Pegawai keselamatan turut memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian yang berlindung di daerah Mae Sot dan Phop Phra, dengan mereka yang cedera menerima rawatan," katanya.
Berikutan pertempuran di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar, pihak penguatkuasa Thailand juga meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di sepanjang sempadan.
Selain itu, pihak pentadbiran wilayah Tak turut memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhkan diri dari sempadan kerana terdapat laporan peluru sesat dan bom tangan dari seberang sempadan di daerah Mae Sot dan Phop Phra.
BACA: Pergolakan paksa 4,000 penduduk Myanmar lari ke Thailand
Terdahulu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Martin Griffiths pada Ahad berkata beliau "ngeri" dengan laporan mengenai serangan ke atas orang awam di Myanmar yang mengakibatkan 35 orang terbunuh.
Griffiths merujuk kepada insiden yang dilaporkan berlaku pada Jumaat (24 Dis) di timur negeri Kayah.
Sementara itu, The Border Consortium (TBC), sekumpulan NGO antarabangsa yang menyediakan makanan, tempat tinggal dan bentuk sokongan lain kepada pelarian di kem di barat Thailand, menyeru kerajaan Thai untuk melindungi dan membantu beribu-ribu orang yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar.
"Ia sepatutnya berhenti menghalang orang yang mencari perlindungan di Thailand atau cuba menyeberangi sempadan kerana nyawa mereka terancam. Pertempuran, tembakan dan serangan udara berterusan berlaku di negeri Kayin, termasuk di kawasan orang ramai melarikan diri. Sebarang penghantaran pulang mestilah benar-benar secara sukarela, berdasarkan persetujuan dan dilaksanakan dengan selamat dan bermaruah.
"Kami juga menggesa kerajaan Thailand agar tidak menghantar kembali pelarian ke Myanmar disebabkan pandemik COVID-19... cuba membendung virus itu bukanlah alasan untuk menghantar mereka kembali kepada situasi yang tidak selamat dan berbahaya," kata TBC dalam satu kenyataan.
TBC menggesa kerajaan Thailand mewujudkan prosedur pemeriksaan yang jelas dan sistematik di sepanjang kawasan sempadan, yang diselaraskan dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk membenarkan pelarian mendapatkan suaka.
Selain itu, ia juga menggesa kerajaan Thailand membenarkan UNHCR dan organisasi kemanusiaan menyaring secara bebas ketibaan dari Myanmar untuk mengenal pasti dan menyokong kumpulan yang paling terancam termasuk kanak-kanak yang terpisah dan tidak ditemani keluarga, wanita hamil, warga emas dan orang kurang upaya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
Penduduk kampung dari Myanmar tiba di Thailand selepas melarikan diri susulan pertempuran antara tentera Myanmar dan kumpulan pemberontak etnik Karen di Mae Sot, wilayah Tak, utara Thailand, 22 Dis 2021. (Foto AP)
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.
ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN teguh sokong hala tuju damai Myanmar
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited menyokong Myanmar dalam merangka laluan ke arah penyelesaian berkekalan terhadap krisis politik dan kemanusiaan.
Kondominium Thailand, pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.