SEKUMPULAN penyelidik dari University of Cambridge mendedahkan, perubahan iklim mungkin mendorong kepada kemunculan COVID-19.
Kajian yang diterbitkan melalui jurnal sains Science of the Total Environment itu turut menyatakan berlaku perubahan besar terhadap tumbuh-tumbuhan di wilayah Yunnan, China serta wilayah di Myanmar dan Laos sejak berabad lalu.
Menurut salah seorang penyelidik yang juga penulis pertama jurnal itu, Dr Robert Beyer, perubahan iklim itu termasuk peningkatan suhu dan pelepasan karbon dioksida yang mengubah habitat semula jadi serta membantu mewujudkan persekitaran yang mampan bagi spesies kelawar yang kebanyakannya tinggal di hutan.
"Perubahan iklim sejak berabad lalu telah menyebabkan habitat semula jadi di wilayah Yunnan adalah sesuai sebagai tempat tinggal lebih banyak spesis kelawar,"jelasnya.
Kumpulan penyelidik juga mendedahkan, bilangan koronavirus di sesuatu kawasan itu berkait rapat dengan jumlah spesies kelawar yang berlainan.
Malah, terdapat pertambahan 40 spesis kelawar telah bermigrasi ke wilayah Yunnan sejak berabad lalu.
Ia menjadikan lebih 100 jenis kelawar yang membawa koronavirus di wilayah itu.
BACA: Selesai kuarantin, pakar WHO mulakan siasatan asal-usul COVID-19 di Wuhan
BACA: Pasukan WHO tiba di Wuhan untuk tinjau kemudahan kesihatan haiwan
'Hotspot global' itu merupakan lokasi di mana data genetik menunjukkan bahawa SARS-CoV-2 mungkin mula dikesan.
Kajian juga menekankan keperluan mengehadkan aktiviti yang menjejaskan habitat semula jadi haiwan yang membawa risiko penyakit berjangkit terutama di tanah pertanian dan sesetengah lokasi di kawasan bandar.
"Memahami bagaimana perubahan dalam penyebaran spesies kelawar kesan perubahan iklim mungkin merupakan langkah penting dalam menilai semula asal usul wabak COVID-19," katanya lagi.
Astro Awani
Tue Feb 09 2021

Kumpulan penyelidik juga mendedahkan, bilangan koronavirus di sesuatu kawasan itu berkait rapat dengan jumlah spesies kelawar yang berlainan. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus
Semakan menunjukkan peruncit dan farmasi mempunyai bekalan yang mencukupi dan sedang mengisi semula stok di premis mereka.

Bahagian 11 Akta 829 dilanjutkan sehingga 22 Okt 2022
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Dis.

COVID-19: Kajian dakwa bisa ular mungkin jadi penghalang pembiakan virus
Molekul dari bisa ular kapak jenis 'jararacussu pit' itu mampu mengekang pembiakan virus tersebut sebanyak 75 peratus di dalam monyet.

UK tawar ujian antibodi COVID-19 kepada orang ramai
Program itu bertujuan untuk menghasilkan data tentang perlindungan antibodi bagi individu mengikut jangkitan varian COVID-19 berbeza.

COVID-19: 19,807 kes baharu, 232 kematian dalam 24 jam
Selangor masih melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,379 kes diikuti Sabah (2,638 kes) dan Kedah (1,948 kes).

COVID-19: Jumlah kematian kini 13,077, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM
Kadar peratusan bagi pesakit yang tidak mempunyai gejala adalah sebanyak 47.6 peratus atau bersamaan 9,351 kes.

COVID-19: Angka menurun lagi, 19,631 kes baharu direkodkan, 293 kematian
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan sejak pandemik itu menular ialah sebanyak 1,444,270.

COVID-19: 35 kluster baharu direkodkan, 21 daripadanya kategori tempat kerja
Kategori komuniti pula merekodkan 11 kluster manakala kluster lain yang dikesan KKM ialah kategori Institusi Pendidikan dan Kumpulan Berisiko Tinggi.

COVID-19: 85 pesakit kritikal antara tumpuan kenyataan media KKM
Trend jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan pertambahan sebanyak 19,740 kes.