BAITULMAQDIS:Selepas berminggu-minggu bertarung nyawa akibat COVID-19, Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat, meninggal dunia pada Selasa.
Kematian perunding keamanan veteran berusia 65 tahun itu diumumkan ahli keluarganya dalam satu ciapan di laman media sosial Facebook.
"Pada 10 Nov 2020 di Jerusalem (Baitulmaqdis), ibu kota Palestin, bapa kesayangan Saeb Erekat pergi dengan aman.
"Beliau mengalami kehidupan yang penuh kewibawaan, cinta, kemaafan, dan kedamaian. Beliau amat dirindui. Moga kebijaksanaan beliau dapat disebarkan ke seluruh dunia," kata anak lelakinya, Dalal Iraqat, dalam entri tersebut.
Erekat didapati positif menghidap COVID-19 pada 8 Oktober dan sejak itu menjalani rawatan perubatan di rumahnya.
Beliau kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Hadassah di Baitulmaqdis bagi mendapatkan rawatan perubatan khas selepas keadaan kesihatannya bertambah buruk, pada 20 Oktober lepas.
Erekat menderita komplikasi kronik pada sistem pernafasannya dan pernah menjalani pembedahan transplan paru-paru di Amerika Syarikat pada 2017.
Agensi
Tue Nov 10 2020

Kematian perunding veteran berusia 65 tahun itu diumumkan ahli keluarga mendiang dalam satu ciapan di laman media sosial Facebook. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Tahap kesihatan makin teruk, Saeb Erekat dimasukkan ke hospital
PLO mengatakan Erekat dikejarkan dari rumahnya di Jericho ke Pusat Perubatan Hadassah di Baitumaqdis bagi mendapatkan rawatan perubatan khas.

Palestin kecewa tindakan Amerika Syarikat sekat dana
Saeb Erekat menegaskan, langkah itu sebagai tekanan terbaharu pentadbiran Presiden Donald Trump ke atas pelarian Palestin.

Kedutaan AS pindah pada Mei: Rakyat Palestin tambah berang
Ia satu tekad untuk melanggar undang-undang antarabangsa, menghancurkan penyelesaian dua negara dan menimbulkan provokasi terhadap perasaan rakyat Palestin serta semua orang Arab, kata Saeb Erekat.