Pesawat itu ditemukan kira-kira 54 kilometer tenggara Nome.
Semua 10 orang di dalam pesawat disahkan meninggal dunia, menurut Pengawal Pantai AS.
Serpihan pesawat ditemukan selepas operasi mencari selama beberapa jam dengan keadaan cuaca buruk dan jarak penglihatan yang terhad.
Pesawat jenis "turboprop Cessna Caravan" yang dikendalikan oleh Bering Air dilaporkan hilang pada Khamis petang, menurut Jabatan Keselamatan Awam Alaska.
Pesawat yang membawa sembilan penumpang dan seorang juruterbang itu dalam penerbangan dari Unalakleet menuju ke Nome sebelum isyarat kedudukannya hilang kira-kira 19 kilometer dari pesisir pantai, kata Pengawal Pantai AS.
Setakat 9 pagi waktu tempatan (1800 GMT) pada Jumaat, Jabatan Bomba Sukarela Nome memaklumkan bahawa keluarga kesemua mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian.
Leftenan Ben Endres dari Pasukan Polis Alaska turut mengesahkan semua penumpang adalah individu dewasa yang menaiki penerbangan komersial berjadual.
Menurut laman sesawang penjejakan penerbangan langsung, FlightRadar24, kedudukan terakhir pesawat itu dikesan di kawasan perairan kira-kira 38 minit selepas berlepas dari Unalakleet.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)