MANILA: Sebuah pesawat sewa khas telah membawa bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda pada Selasa malam, kurang 12 jam selepas beliau ditahan, lapor Xinhua.

Menerusi hantaran di media sosial, seorang daripada peguamnya, Martin Delgra, menunjukkan gambar sebuah pesawat kecil yang akan membawa Duterte, 79, ke The Hague. Turut menaiki pesawat itu ialah Salvador Medialdea, sekutu rapat Duterte.

Duterte ditahan pada pagi Selasa susulan waran tangkap yang dikeluarkan oleh ICC berhubung kempen "perang terhadap dadah" beliau, tindakan yang dipersoalkan oleh bekas presiden itu.

-- BERNAMA