EL ARISH: Dua pesawat tentera Maghribi yang membawa bantuan kemanusiaan kecemasan untuk penduduk Palestin tiba di lapangan terbang El Arish di timur Mesir pada Rabu.
Inisiatif kemanusiaan itu selaras dengan titah Raja Mohammed VI yang juga Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds dalam usaha menyampaikan bantuan penting kepada rakyat Palestin.
Kedua-dua pesawat itu membawa sejumlah besar makanan, bekalan perubatan dan air, lapor Agensi Berita Maghribi MAP.
Dalam satu kenyataan wakil tetap ke Liga Arab Ahmed Tazi berkata bantuan itu menunjukkan komitmen tidak berbelah bagi Raja Maghribi terhadap isu Palestin.
Beliau berkata semua jabatan berkaitan telah digerakkan untuk mempercepatkan pelaksanaan operasi dan penghantaran bantuan itu kepada rakyat Palestin.
Bantuan kemanusiaan itu akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir yang akan bertanggungjawab untuk pengangkutan bantuan ke wilayah Palestin dengan kerjasama pihak berkuasa Palestin yang berkaitan.
Beliau berkata operasi itu dijalankan mengikut pengaturan yang diselaraskan dengan pihak berkuasa Mesir, dengan mengambil kira keadaan keselamatan di sekitar lintasan Rafah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023

Inisiatif kemanusiaan itu selaras dengan titah Raja Mohammed VI dalam usaha menyampaikan bantuan penting kepada rakyat Palestin. - X @MilitaryEye
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Bekas pemain tengah Maghribi, Marseille Barrada meninggal dunia pada usia 35 tahun
Bekas pemain tengah Maghribi, Abdelaziz Barrada, meninggal dunia pada usia 35 tahun, menurut bekas kelabnya Paris Saint-Germain (PSG).

Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.

Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.

Negara anggota GCC ulangi sokongan kedaulatan Magribi ke atas Sahara
GCC turut menyokong inisiatif autonomi yang merupakan penyelesaian kepada konflik Sahara dalam kerangka kedaulatan kerajaan dan integriti negara dan wilayah.

Polis siasat kes sebar Nota Diplomatik bertaraf sulit
Polis menjalankan siasatan berkenaan penyebaran satu salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit yang diterima oleh Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi.

Penempatan Israel di wilayah Palestin ancam keamanan, usaha penyelesaian dua negara - Maghribi
Maghribi mengulangi komitmennya bahawa undang-undang antarabangsa perlu dihormati dan menggalakkan keamanan di Asia Barat demi mencapai penyelesaian berkekalan berdasarkan prinsip dua negara.

AFCON: Maghribi diuji terlebih dahulu sebelum lakar kemenangan
Di sebalik dominasi dipamerkan, Maghribi dipaksa menunggu sehingga Tanzania beraksi dengan 10 pemain di separuh masa kedua untuk menang.

Maghribi dipilih sebagai Presiden UNHCR 2024
Maghribi pada Rabu dipilih sebagai Presiden Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) bagi tahun 2024.

Perang Palestin-Israel: Maghribi gesa Liga Arab adakan mesyuarat tergempar
Maghribi telah meminta Liga Arab mengadakan mesyuarat tergempar peringkat Menteri Luar bagi membincangkan keadaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.

Maghribi dipilih sebulat suara tuan rumah AFCON 2025
Maghribi dipilih sebulat suara sebagai tuan rumah edisi ke-35 Piala Negara-Negara Afrika (AFCON 2025), pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).