TEXAS: Sejumlah dua penumpang cedera ringan apabila sebuah pesawat Starduster II dinaiki mereka terhempas lalu terbakar di Tarrant County, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin waktu tempatan.

Menurut Jabatan Bomba Lake Worth, pihaknya berjaya memadamkan kebakaran namun pesawat tersebut musnah sepenuhnya.

Siasatan awal mendedahkan, juruterbang tersebut didapati hilang kawalan selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang berdekatan.

Namun setakat ini, pejabat Sheriff Tarrant County, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) serta Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NSTB) masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas itu berlaku.

Laporan awal kemalangan oleh NTSB dijangka dikeluarkan dalam tempoh terdekat.