48 maut dan sepuluh terselamat apabila pesawat TransAsia Airways penerbangan GE222 yang membawa 58 penumpang termasuk anak kapal terhempas di atas sebuah rumah berhampiran lapangan terbang Magong di Pulau Penghu, Taiwan pada Rabu.
Menurut laporan AFP, saksi dan media tempatan berkata pesawat terbabit terhempas ekoran cuaca buruk setelah beberapa kali cuba membuat pendaratan.
Pesawat jenis ATR 72-500 dengan dwi kipas turbo itu sedang dalam perjalanan dari bandar barat daya Kaohsiung menuju ke kepualauan terbabit setelah ditunda kerana cuaca buruk ekoran Taufan Matmo yang membadai Taiwan.
"Kami telah menemui 42 mayat dan beberapa cebisan bahagian badan,” ujar seorang pegawai bernama Tsai dari jabatan bomba daerah terbabit kepada AFP.
"Terdapat 58 orang di dalam pesawat termasuk empat anak kapal, empat kanak-kanak dan sehingga kini, mengikut maklumat yang ada, 12 cedera dan telah dihantar ke hospital manakala 46 masih hilang,” menurut Menteri Pengangkutan Yeh Kuang-shih yang bercakap kepada pemberita pada awal kejadian.
Tambah Yeh, dua warganegara Perancis dilaporkan berada di dalam pesawat dan kedutaan de facto Perancis telah pun dimaklumkan.
Kementerian Luar Perancis mengesahkan dua rakyatnya yang terbunuh adalah pelajar jurusan perubatan.
TransAsia pula dalam satu kenyataan berkata, mereka akan membayar pampasan sebanyak Tw$1 juta (RM105,620) kepada keluarga mangsa yang terbunuh manakala Tw$200,000 (RM21,124) kepada mangsa yang cedera.
Astro Awani
Thu Jul 24 2014
![Pesawat terhempas di Taiwan: 48 terbunuh, 10 terselamat Pesawat terhempas di Taiwan: 48 terbunuh, 10 terselamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/71406162528_295x200.jpg)
Pesawat TransAsia Airways penerbangan GE222 yang terhempas di Pulau Penghu pada petang Rabu. -AFP PHOTO / Apple Daily TAIWAN / HO
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Pesawat domestik terhempas di barat laut Sao Paulo, 62 maut Pesawat domestik terhempas di barat laut Sao Paulo, 62 maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723239762_Brazilplanecrash.jpg)
Pesawat domestik terhempas di barat laut Sao Paulo, 62 maut
Sehingga kini tiada sebarang maklumat didedahkan pihak berlkuasa tempatan berhubung punca nahas.
![Pesawat terhempas di Taiwan: 48 terbunuh, 10 terselamat Pesawat terhempas di Taiwan: 48 terbunuh, 10 terselamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/71406162528_295x200.jpg)
Pesawat terhempas di Taiwan: 48 terbunuh, 10 terselamat
Saksi dan media tempatan berkata pesawat terbabit terhempas ekoran cuaca buruk setelah beberapa kali cuba membuat pendaratan.