KUALA LUMPUR: Satu petisyen selamatkan tahanan Palestin, Anhar Deek yang kini sedang hamil sembilan bulan dimulakan netizen di platform media sosial, change.org.
Petisyen yang dimulakan seorang individu itu bertujuan mendapatkan 150,000 tandatangan sebagai sokongan kepada usaha mendesak rejim Israel membenarkan Anhar melahirkan bayinya di luar penjara.
Anhar dijangka bersalin beberapa hari lagi dan tindakan Israel yang mahu wanita itu melahirkan bayinya di dalam penjara disifatkan sebagai bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai-nilai kemanusiaan.
Setakat jam 9 malam Khamis, petisyen itu berjaya mengumpul lebih 11,000 tandatangan.
Wanita berusia 25 tahun itu sebelum ini pernah menulis surat dari penjara untuk memohon bantuan kumpulan hak asasi manusia bagi mendesak pembebasannya seterusnya membolehkan dia bersalin di luar pusat tahanan.
Anhar ditahan tentera Israel sejak usia kandungannya lima bulan kerana dituduh cuba menikam seorang anggota rejim itu di penempatan haram Israel.
Wanita itu kemudian dibawa ke Penjara HaSharon dan Mahkamah Israel menolak rayuan keluarga Anhar untuk membebaskannya walaupun dia mengalami komplikasi semasa kehamilan.
Dalam pada itu, Liga Arab pada Rabu turut mendesak Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Anhar.
Dalam masa sama, Pertubuhan Masyarakat Awam (CSO) seluruh dunia digesa memberi tekanan kepada Israel agar mematuhi undang-undang antarabangsa.
Rahimah Abdullah
Thu Sep 02 2021
Petisyen yang dimulakan seorang individu itu bertujuan mendapatkan 150,000 tandatangan sebagai sokongan kepada usaha mendesak rejim Israel membenarkan Anhar melahirkan bayinya di luar penjara. - Gambar/ change.org
Konflik Gaza: AS akan ambil alih Gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran. #AWANInews
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Petisyen selamatkan tahanan Palestin hamil 9 bulan, Anhar dimulakan
Satu petisyen selamatkan tahanan Palestin, Anhar Deek yang kini sedang hamil sembilan bulan dimulakan warganet di platform media sosial, change.org.