Waris penumpang pesawat malang MH370 menerbitkan satu petisyen mendesak agar setiap persoalan yang belum terjawab didedahkan dengan telus.
"The MH370 Search-On Petition" dibuat bertujuan mendesak, mendapatkan sokongan agar operasi mencari pesawat tersebut diteruskan supaya pasukan penyiasat mendapat jawapan terhadap apa yang berlaku ke atas 239 penumpang dalam penerbangan tersebut.
"Kami mahu mendapatkan sokongan sebanyak mungkin agar pihak berkuasa kekal komited untuk mencari dan terus menyiasat sehingga pesawat itu ditemui. Selain daripada itu, misi mencari perlu terus digerakkan dan diperluaskan," menurut wakil keluarga dalam catatan Facebook "MH370 Families".
"Masa semakin suntuk. Setiap tandatangan dan sokongan adalah penting buat kami. Terima kasih atas sokongan anda dengan matlamat yang satu iaitu membawa pulang pesawat tersebut," tambahnya.
Waris mangsa pesawat tersebut mahu agar operasi mencari dan menyiasat diperluaskan dan diteruskan sehingga kebenaran ditemui.
Mereka juga mendesak agar setiap aspek dalam siasatan itu diperhalusi.
Kenyataan berdolak-dalik oleh pihak berkuasa juga perlu dielakkan apabila menjawab setiap persoalan daripada waris mangsa.
"Tanpa bukti jelas dan serpihan ditemui, pihak kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pesawat tersebut mengalami kemalangan dan tiada penumpang yang terselamat sekaligus menghentikan operasi mencari dan menyelamat.
"Kami tidak menerima laporan tersebut dan tidak akan berhenti berharap sehingga bukti sahih diperolehi," dalam kenyataan tersebut.
Petisyen tersebut digerakkan oleh kumpulan waris keluarga mangsa MH370, Voice370 sejak empat hari lalu dan ditujukan kepada kerajaan Malaysia, China dan Australia.
Setakat ini, petisyen tersebut telah disokong oleh 247 tandatangan dan akan turut menggerakkan sokongan tindakan daripada pihak berkuasa antarabangsa antaranya International Civil Aviation Organisation (ICAO), Pertubuhan Bangsa Bersatu, FFA dan EASA.
Petisyen tersebut mensasarkan 500 tandatangan diperolehi.
Sempena ulang tahun pertama tragedi tersebut pada 8 Mac lalu, Astro AWANI mendedikasikan satu laman khas di www.astroawani.com/mh370.
Astro Awani
Wed Mar 18 2015

"The MH370 Search-On Petition" dibuat bertujuan mendesak, mendapatkan sokongan agar operasi mencari pesawat tersebut diteruskan supaya pasukan penyiasat mendapat jawapan terhadap apa yang berlaku ke atas 239 penumpang dalam penerbangan tersebut.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Petisyen waris MH370 desak operasi SAR tiga negara diteruskan
Waris penumpang pesawat malang MH370 menerbitkan satu petisyen mendesak agar setiap persoalan yang belum terjawab didedahkan dengan telus.

MH370: Kini kita lebih yakin ia berakhir di Lautan Hindi - Pakar penerbangan
Fakta siasatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 memberi gambaran lebih jelas dan informasi lebih meyakinkan bahawa penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi.

Kehilangan MH370 beri kesan kepada penduduk Perth
Setahun sudah berlalu dan kehilangan pesawat MH370 jelas memberi impak yang ketara pada ramai, terutamanya bagi penduduk tempatan di Perth, Australia.

Cabaran petugas media dalam membuat liputan MH370
Ikuti pengalaman golongan pengamal media terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mendapatkan berita MH370 yang sahih dan tepat.

MH370: Teori dan konspirasi yang mencabar logik
Sejak berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, banyak spekulasi dan teori konspirasi tersebar menjadi penyedap cerita insiden tersebut.

#SetahunMH370: MAS beri penghormatan untuk warga kerja MH370
Malaysia Airlines (MAS) mengadakan majlis tertutup untuk mengingati 13 warga kerja yang hilang dalam penerbangan MH370.

'Memang wajar untuk isytihar MH370 suatu kemalangan' - Liow
Genap setahun selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkongsi pengalaman dan pendapat semasa berdepan tragedi itu.

Malaysia komited untuk terus mencari pesawat MH370 - PM
Malaysia terus komited dalam carian penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang tepat setahun yang lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

'Saya komited untuk mencari kebenaran' - Sarah Bajc
Setiap hari Sarah Batjc tidak lupa memikirkan tentang nasib pasangannya, Philip Wood, dan berjanji akan terus berusaha mencari jawapan.

Imbasan liputan Astro AWANI detik kehilangan pesawat MH370
Tugas melaporkan tragedi MH370 tidak hanya satu tugasan, sebaliknya ia dianggap satu tanggungjawab yang perlu digalas Astro Awani.