BANGKOK: Parti Pheu Thai yang memenangi jumlah kerusi kedua tertinggi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Thailand mengumumkan pakatan terdiri tujuh parti termasuk Parti Bhumjaithai dalam usaha memecahkan kebuntuan untuk membentuk kerajaan.
Enam parti baharu yang menyertai pakatan itu ialah Parti Prachachat yang memenangi sembilan kerusi, Parti Chart Pattana Kla (dua kerusi), Parti Pue Thai Rumphlang (dua kerusi), Parti Liberal Thai, Parti Plung Sungkom Mai dan Party of the Thai Countries ( masing-masing satu kerusi).
Parti Pheu Thai dan Bhumjaithai masing-masing memenangi 141 dan 71 kerusi, pada PRU 14 Mei.
Dengan penambahan sokongan daripada parti-parti kecil, gabungan itu menambah 16 Ahli Parlimen (MP), sekali gus menjadikan jumlah MP kepada 228 daripada keseluruhan 500 ahli Dewan Rakyat.
Pemimpin Parti Pheu Thai, Cholnan Srikaew, berkata gabungan itu diharapkan dapat meredakan ketegangan politik di negara itu.
"Kami menggesa kedua-dua Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan Dewan Negara (Senat) untuk memilih calon perdana menteri daripada Pheu Thai dan membentuk kerajaan yang mampu mengurus negara serta menyelesaikan masalah rakyat," katanya pada sidang media pada Rabu.
Tambahnya, semua pihak berkepentingan perlu bersatu dan mengetepikan perbezaan demi untuk membina masa depan negara yang lebih baik, meringankan penderitaan rakyat dan mewujudkan perpaduan serta kedamaian.
Sementara itu, Cholnan berkata Pheu Thai masih belum mengundang Parti Demokrat, Palang Pracharath atau United Thai Nation (UTN) untuk menyertai pakatan itu.
Bagaimanapun, beliau berharap MP akan mengundi calon Pheu Thai untuk menjadi perdana menteri.
Gabungan Pheu Thai memperoleh 228 kerusi, masih tidak cukup untuk memperoleh majoriti iaitu sebanyak 251 kerusi.
Namun, jumlah itu boleh ditambah dengan 250 undi Senat. Seorang calon perdana menteri memerlukan sekurang-kurangnya 375 undi untuk membentuk kerajaan di Parlimen dwidewan yang dianggotai 750 ahli.
Pheu Thai dijangka mencalonkan taikun hartanah Srettha Thavisin sebagai perdana menteri.
Selepas PRU, MFP dan Pheu Thai membentuk gabungan dengan enam parti lain, membolehkan mengumpul 312 daripada 500 kerusi Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, semasa undian di Parlimen pada 13 Julai lalu, pemimpin MFP Pita Limjaroenrat gagal memperoleh sokongan mencukupi untuk dipilih sebagai perdana menteri baharu.
Enam hari kemudian, Parlimen memutuskan beliau tidak boleh dicalonkan untuk kali kedua.
Berikutan itu, Pheu Thai mengambil alih tanggungjawab untuk mengetuai gabungan berkenaan.
Bagaimanapun, gabungan itu tumbang pada 2 Ogos selepas Pheu Thai mengumumkan akan membentuk pakatan baharu tanpa kehadiran MFP.
Hasrat MFP untuk meminda Perkara 112 kanun jenayah atau lese-majeste, dikatakan menjadi faktor utama kegagalam parti itu membentuk kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023

Parti Pheu Thai dan Bhumjaithai masing-masing memenangi 141 dan 71 kerusi, pada PRU 14 Mei. - AP
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Bekas PM Thailand, Thaksin Shinawatra dapat pengampunan diraja
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilapor telah dimasukkan dalam senarai pengampunan diraja untuk banduan dan tempoh parol akan berakhir esok.

Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.

Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik
Pertempuran antara ideologi parti rakyat dan parti-parti gabungan semasa akan menjadi semakin sengit.

Harapan baharu rakyat Selatan Thailand, permudah proses damai
Wujud harapan baharu dalam proses dialog damai Selatan Thailand selepas kejayaan Perdana Menteri Srettha Thavisin membentuk kerajaan.

Thailand: Pheu Thai umum gabungan baharu termasuk parti pro-tentera bentuk kerajaan
Pakatan itu akan menyokong usahawan hartanah Srettha Thavisin dari Pheu Thai untuk menjadi perdana menteri seterusnya dalam undian parlimen pada Selasa.

Thailand: Parti Move Forward tidak sokong calon PM Pheu Thai
Setiausaha Agung MFP Chaithawat Tulathon berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen (MP) pada mesyuarat hari ini.

Pheu Thai usaha tamatkan kebuntuan politik menerusi pakatan baharu
Parti Pheu Thai dan Bhumjaithai masing-masing memenangi 141 dan 71 kerusi, pada PRU 14 Mei.

Thailand: Parti Bhumjaithai umum sertai Pheu Thai bentuk gabungan baharu
Pemimpin Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul, berkata parti itu menerima pelawaan Pheu Thai dengan tiga syarat.

Thailand: Parti Pheu Thai akan bentuk pakatan baharu tanpa MFP
Parti Pheu Thai akan mencalonkan usahawan hartanah Srettha Thavisin sebagai calon perdana menteri.

Pejabat Ombudsman Thailand hantar petisyen ke Mahkamah Perlembagaan tangguh undian PM baharu
Pejabat itu menerima 17 petisyen yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen dan orang ramai terhadap resolusi Parlimen pada Khamis lalu.