Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Bernama
Wed Feb 12 2025
Analisis struktur kimia mengesahkan bahawa ia merupakan dadah sintetik baharu yang kali pertama dilaporkan di peringkat global. - Gambar hiasan
SEOUL: Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut Perkhidmatan Kastam Korea, sebatian yang dikenal pasti sebagai 4-Benzyloxy-3,5-dimethoxyphenethylamine itu mempunyai persamaan dengan meskalina.
Analisis struktur kimia mengesahkan bahawa ia merupakan dadah sintetik baharu yang kali pertama dilaporkan di peringkat global.
Pihak berkuasa menemukan sebatian berkenaan dalam bentuk serbuk semasa pemeriksaan rutin.
Meskalina bersifat mengkhayalkan yang diekstrak daripada kaktus peyote di Mexico serta kaktus San Pedro yang berasal dari Peru dan Ecuador. Ia menghasilkan kesan halusinasi serupa dengan LSD dan "magic mushroom".