AP melaporkan, lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.
Parti Bharatiya Janata (BJP) diramalkan mendapat undian majoriti dalam pilihan raya negeri termasuk di ibu negara India itu, meskipun mendapat tentangan daripada Parti Aam Aadmi (AAP) yang diketuai Arvind Kejriwal. New Delhi telah ditadbir AAP selama ini dengan dasar kebajikan dan gerakan anti-rasuah mereka.
Hasil pengiraan awal menunjukkan BJP mendahului AAP untuk lebih 40 kerusi yang ditandingi. Selama lebih kurang 25 tahun, BJP yang dipimpin Modi itu belum pernah menguasai wilayah berkenaan, termasuk ibu negaranya yang berpopulasi 20 juta orang.
BJP gagal meraih majoriti pada pilihan raya umum tahun lalu, namun tetap menubuhkan kerajaan apabila menggabungkan pakatan politik. Parti itu dilihat mengumpul momentum kejayaan selepas memenangi dua pilihan raya negeri lain iaitu di Haryana dan Maharashtra.
Dalam kempen pilihan raya negeri kali ini, baik Modi mahupun Kejriwal menjanjikan penambahbaikan sekolah-sekolah kerajaan, menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma dan bekalan elektrik, selain bantuan tunai sejumlah lebih 2,000 rupee (RM100) untuk wanita golongan miskin.
BJP benar-benar berharap untuk mendapat sokongan selepas belanjawan pusat baru-baru ini membatalkan pemotongan cukai ke atas gaji golongan kelas menengah.
AAP pula pada tahun 2020 memenangi 62 daripada 70 kerusi dalam pilihan raya, meninggalkan BJP yang hanya mendapat lapan kerusi, manakala Parti Kongres gagal memenangi sebarang kerusi.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)