PARIS: Pusat mengundi di seluruh tanah besar Perancis dibuka kepada pengundi pada pukul 8 pagi waktu tempatan (1800GMT) untuk pusingan pertama pilihan raya penentu presiden.
Kebanyakan pusat mengundi akan ditutup pada pukul 7 malam waktu tempatan (1700GMT), kecuali di bandar-bandar besar seperti di Paris, Lyon, Bordeaux, Strasbourg, Nice dan Marseilles, yang akan dibuka sehingga 8 malam, lapor Agensi Anadolu.
Hampir 48.7 juta pengundi berdaftar layak mengundi untuk memilih satu daripada 12 calon bertanding. Keputusan awal akan mula diketahui dari jam 8 malam selepas tamat waktu mengundi.
Dalam senario keputusan seri, yang jarang berlaku, dua calon teratas dengan undian terbanyak akan mara ke pusingan kedua yang akan diadakan pada 24 April.
Kerajaan melonggarkan sekatan pandemik bagi memastikan penyertaan maksimum. Mereka yang disahkan positif dan menjadi kontak rapat seminggu sebelumnya boleh hadir mengundi dengan memakai pelitup muka.
Pas vaksin tidak diperlukan dan pemakaian pelitup muka juga tidak wajib namun digalakkan.
Perdana Menteri Jean Castex, Menteri Kewangan Bruno le Maire, Datuk Bandar Paris dan calon sosialis Anne Hidalgo, bekas Presiden Nicolas Sarkozy dan bekas perdana menteri Edouard Philippe adalah antara mereka yang sudah mengundi.
Tinjauan pendapat meramalkan Presiden Emmanuel Macron dari parti Republik yang memerintah, Marine Le Pen dari Barisan Nasional sayap kanan dan Jean-Luc Melenchon dari parti Unsubmissive Perancis berhaluan kiri sebagai tiga calon teratas dalam pusingan pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022
Pusat mengundi di seluruh tanah besar Perancis dibuka kepada pengundi pada pukul 8 pagi waktu tempatan (1800GMT) untuk pusingan pertama pilihan raya penentu presiden. - Foto AP
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Pilihanraya Presiden Perancis, undian pusingan pertama bermula
Pusat mengundi di seluruh tanah besar Perancis dibuka kepada pengundi pada pukul 8 pagi waktu tempatan untuk pusingan pertama pilihan raya penentu presiden.