VIOLETA SANTOS MOURA: Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Tindakan ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan hujan lebat yang melanda Sepanyol baru-baru ini, sekali gus meningkatkan paras air di empangan takungan air utama negara itu.

Dalam pada itu, penduduk tempatan yang mengambil peluang menyaksikan pelepasan air di empangan takungan El Burguillo akui teruja.

Sementara itu, perkhidmatan cuaca negara (AEMET) mengeluarkan amaran kuning di beberapa kawasan di wilayah Castilla Y Leon, Murcia, Kepulauan Balearic dan Extremadura.