BANGKOK: Pemimpin Parti Move Forward (MFP), Pita Limjaroenrat berikrar untuk bertanding jawatan Perdana Menteri semula, menentang kuasa konservatif yang menghalangnya daripada tugas awal tahun ini walaupun beliau berdepan kes mahkamah.
Pita, pada Pilihan Raya Umum Mei lalu, memperoleh sokongan daripada golongan muda Thailand daripada pemerintahan tentera.
Pemimpin berusia 43 tahun itu juga dihalang daripada menjadi Perdana Menteri oleh blok diraja dan protentera yang menentang agenda reformisnya itu.
Bekas sekutu MFP, Pheu Thai kemudian membentuk kerajaan campuran dengan parti-parti yang berkaitan dengan tentera meninggalkan pencabar progresif kembali di blok pembangkang.
Pita juga menghadapi cabaran undang-undang yang dilemparkan kepadanya selepas pilihan raya, menyebabkan beliau dilarang bertanding selama bertahun-tahun.
Dalam temu bual dengan AFP, Pita berikrar untuk sekali lagi bertanding bagi jawatan Perdana Menteri Thailand.
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.
MFP memenangi kerusi terbanyak pada Pilihan Raya Umum 14 Mei lalu, bagaimanapun gagal mencapai majoriti.
Calon Perdana Menteri memerlukan majoriti di kedua-dua Dewan Parlimen dan ketika itu Pita tidak mendapat jumlah undi yang cukup untuk mengatasi pihak pembangkang dalam Senat yang dilantik oleh junta.
Beliau kehilangan undi pertama, sebelum disekat daripada bertanding dalam undi kedua untuk jawatan Perdana Menteri dan digantung sebagai Ahli Parlimen oleh Mahkamah Perlembagaan kerana pemilikan saham media yang dilarang untuk penggubal undang-undang di bawah undang-undang Thailand.
Astro Awani
Fri Nov 10 2023

Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang. - Foto AP

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Mahkamah Thailand arah MFP dibubar, Pita Limjaroenrat dilarang sertai politik 10 tahun
Pita Limjaroenrat dilarang menyertai politik selama 10 tahun dan partinya, Move Forward Party (MFP) yang menang besar pada Pilihan Raya Umum dibubarkan.

Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.

Sidang Parlimen Thailand pada 4 Ogos ini bagi pilih Perdana Menteri
Ketika ini, kebuntuan politik di negara itu terus berlarutan walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) sudah berlangsung lebih dua bulan.

Thailand: Parti Pheu Thai usaha raih sokongan ahli Parlimen
Gabungan itu memperoleh 312 daripada 500 kerusi dan memerlukan sokongan tambahan untuk mendapatkan 375 undi yang diperlukan.

Pengundian pilih PM Thailand diadakan sekali lagi Khamis depan
Parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang hari ini.

Usaha Pita untuk jadi PM Thailand berakhir pada Rabu
Usaha pemimpin parti Move Forward (MFP) Thailand, Pita Limjaroenrat untuk menjadi perdana menteri berakhir pada Rabu.

Calon PM Thailand Pita Limjaroenrat digantung sebagai Ahli Parlimen
Mahkamah Perlembagaan Thailand memerintahkan penggantungan sementara calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat daripada Parlimen hari ini.

Masa depan politik Pita ibarat "telur di hujung tanduk"
Pita bakal berdepan pusingan kedua pengundian di Parlimen untuk menentukan sama ada berjaya menjadi perdana menteri atau sebaliknya.

Undi kali kedua pilih PM Thailand hari ini
Pita Limjaroenrat mendapat sokongan daripada gabungan lapan parti untuk dicalonkan semula pada pusingan kedua pengundian.

Gabungan lapan parti Thailand kembali sokong Pita dalam pengundian kali kedua
Calon perdana menteri Thailand Pita Limjaroenrat telah mendapat sokongan daripada gabungan lapan parti untuk dicalonkan semula pada pusingan kedua pengundian pada Rabu.