Pengusaha dan pengilang barangan perubatan merupakan 'senjata utama' kerajaan China untuk melawan jangkitan novel koronavirus.
Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata, para pengeluar berkenaan perlu menambah pengeluaran masing-masing bagi mengawal novel koronavirus daripada terus meningkat.
Memetik laporan CNN, beliau turut menegaskan, usaha memastikan keperluan harian itu mencukupi sangat mencabar.
"Pengusaha dan pengilang ibarat kontraktor tentera yang menghasilkan 'senjata' dalam pertempuran menentang wabak ini.
"Keperluan untuk memastikan bekalan-bekalan tersebut sentiasa mencukupi di setiap rangkaian pasaran bagi kegunaan masyarakat sangat mencabar," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 300 nyawa
BACA: Koronavirus: Remaja OKU meninggal dunia ketika bapa dan adik dikuarantin
Sebelum ini, menerusi kenyataan kerajaan China, Li pernah meminta bantuan kesatuan Eropah untuk membantu negara tersebut menghasilkan bekalan perubatan.
China sedang berdepan krisis rawatan kesihatan awam apabila para pesakit, kakitangan dan pakar-pakar perubatan lewat menerima maklumat mengenai ujian koronavirus.
Keadaan itu menyebabkan orang ramai turut lewat menerima maklumat mengenai penyebaran virus tersebut, seterusnya menyebabkan sistem kesihatan China menjadi parah.
Beberapa individu di Wuhan memaklumkan kepada agensi berita antarabangsa itu mengenai beberapa hospital telah kehabisan alat untuk mengesan pesakit dijangkiti koronavirus.
Pihak berkuasa kesihatan Wuhan juga mengakui hospital-hospital di situ turut dibanjiri ramai pesakit dan bandar tersebut bakal memperolehi dua buah hospital beberapa hari lagi.
Agensi
Sun Feb 02 2020

Pengusaha dan pengilang barangan perubatan merupakan 'senjata utama' Kerajaan China untuk melawan jangkitan novel koronavirus. - Gambar REUTERS.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.