REYKJAVIK: Wanita di seluruh Iceland pada Selasa melancarkan mogok menuntut kesamarataan jantina, protes pertama seumpamanya dalam tempoh hampir setengah abad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mogok yang disertai puluhan ribu wanita di bandar raya Reykjavik itu menyebabkan gangguan terhadap rutin harian manakala tadika, sekolah, bank dan institusi lain terpaksa ditutup.
Perdana Menteri Katrin Jakobsdottir, 47, berkata beliau juga akan menyertai mogok berkenaan.
Perjuangan menuntut kesamarataan jantina terlalu perlahan, kata perdana menteri dalam temu bual dengan stesen radio RUV.
"Walaupun situasi di Iceland adalah baik, kita belum mencapai kesaksamaan sepenuhnya," kata Jakobsdottir.
Jakobsdottir adalah wanita kedua Iceland yang memegang jawatan perdana menteri.
Laporan Jurang Gender Global terkini yang diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia mendapati kesamarataan jantina telah berkembang pesat di Iceland berbanding negara-negara lain.
Iceland berada pada kedudukan teratas selama 14 tahun dan satu-satunya negara yang mencatatkan 90 peratus kadar pelaksanaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023

Perdana Menteri Katrin Jakobsdottir, 47, berkata beliau juga akan menyertai mogok berkenaan. - Gambar/ AP

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Ogos 2024.

Arab Saudi anjur persidangan antarabangsa mengenai wanita Islam
Persidangan tiga hari anjuran OIC itu antara lain menentang propaganda negatif yang menggambarkan Islam sebagai penghalang hak wanita.

PM Iceland akan sertai mogok tuntut kesamarataan jantina
Wanita di seluruh Iceland pada Selasa melancarkan mogok menuntut kesamarataan jantina, protes pertama seumpamanya dalam tempoh hampir setengah abad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Melaka tubuh badan pemikir untuk perkasa, perjuang hak wanita
Badan pemikir itu dianggotai kalangan profesional pelbagai bidang dari dalam dan luar Melaka untuk menggerakkan inisiatif tersebut dan ia merupakan antara misi beliau pada tahun ini.

PBB beri amaran potong bantuan jika Taliban terus tekan hak wanita
Tegas Roza, pembiayaan untuk Afghanistan mungkin akan berkurangan jika wanita tidak dibenarkan bekerja.

AS umum sekatan baharu visa kepada anggota Taliban
Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan baharu visa kepada anggota Taliban sebagai tindak balas terhadap tindakan rejim itu menyekat hak wanita.

Hari Wanita Kebangsaan: Dengarlah suara wanita - Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menggesa semua orang mendengar suara wanita yang memperjuangkan hak mereka.

Nazri yakin kerajaan akan pinda perlembagaan demi hak wanita
Nazri menegaskan beliau berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung perkara tersebut.

UN Women gesa Taliban hormati hak wanita Afghanistan
UN Women seru tindakan segera diambil untuk memastikan wanita dapat menikmati sepenuhnya hak mereka secara adil dan selamat.

Korea Selatan gagal tangani penularan jenayah seks digital - Laporan
Jenayah seks digital, atau perkongsian gambar dan video intim tanpa izin, menjadi masalah besar di negara itu.