"Baru sahaja mendarat di Washington DC. Tidak sabar untuk bertemu @POTUS Donald Trump dan memperkukuh Perkongsian Strategik Global Komprehensif India-AS.
"Negara kita akan terus bekerjasama rapat demi kesejahteraan rakyat serta masa depan yang lebih baik untuk dunia. @realDonaldTrump," kata Modi di platform media sosial X.
Menurut CNBC, perbincangan Modi dijangka merangkumi isu defisit perdagangan India serta cadangan konsesi perdagangan, selain hal berkaitan tenaga dan pertahanan.
Modi, yang merupakan pemimpin asing keempat melawat Trump sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden, turut dijadual bertemu usahawan teknologi, Elon Musk dan beberapa pegawai lain.
Pertemuan antara Modi dan Trump dijadual berlangsung di White House pada petang Khamis. - BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)