ROM: Perdana Menteri Itali Mario Draghi menang undi percaya di Senat.
Dalam undian itu, sejumlah 95 memihak kepada Draghi manakala 38 sebaliknya.
Bagaimanapun ia dilihat sebagai kemenangan tidak bermakna gara-gara tindakan tiga parti dalam kerajaan perpaduan yang memboikot pengundian.
Sebelum pengundian, wakil Pergerakan Five Star, pasukan konservatif Forza Italia dan Parti Liga Matteo Salvini mengumumkan mereka tidak akan melakukan undian.
Draghi menawarkan peletakan jawatannya minggu lalu selepas perpecahan dalam kerajaan gabungannya.
Namun Presiden Itali menolak tawaran itu dan meminta Perdana Menteri menguji sokongan kerajaannya di Parlimen.
Rakyat juga merayu agar Draghi terus memerintah di kala inflasi melambung tinggi selain kos tenaga yang tinggi dan lonjakan jangkitan pandemik.
Sebelum pengundian di dewan atasan Parlimen, Draghi memetik permintaan awam sebagai sesuatu yang "belum pernah berlaku sebelum ini" supaya beliau terus memerintah.
Pada minggu lalu, 14,000 Datuk Bandar, persatuan doktor, kumpulan pelobi lain, dan puluhan ribu rakyat biasa yang menandatangani petisyen "Draghi Stay" telah menggesa beliau supaya tidak berundur.
Pasaran kewangan menganggap Draghi yang dahulunya bekas ketua bank pusat Eropah sebagai penjamin kestabilan fiskal di Itali.
Astro Awani
Thu Jul 21 2022

Mario Draghi ketika menghadiri debat di Senat pada 20 Julai 2022. -AP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PM Itali Mario Draghi menang undi percaya di Senat
Bagaimanapun ia dilihat sebagai kemenangan tidak bermakna gara-gara tindakan tiga parti dalam kerajaan perpaduan yang memboikot pengundian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perdana Menteri Itali Mario Draghi letak jawatan
Peletakan jawatan Draghi bagaimanapun tidak diterima Presiden Itali.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Itali isytihar darurat di wilayah utara dilanda kemarau
Itali pada Isnin mengisytiharkan darurat di lima wilayah utara yang paling terjejas akibat dilanda kemarau.

Itali umum langkah kurangkan lonjakan harga bahan api
Itali akan menurunkan harga bahan api sebanyak 25 sen di stesen minyak sehingga akhir April.

COVID-19: Itali larang individu belum vaksin guna perkhidmatan sosial
Itali mencatatkan kes positif harian melebihi 100,000 kes dengan 227 kematian dalam masa 24 jam lepas.

Perubahan iklim: Itali janji AS$1.4 bilion bantu negara miskin
Ia sumbangan tahunan Itali sebanyak AS$100 bilion yang dijanjikan negara kaya secara kolektif, tetapi belum disampaikan.

Raja Salman akan ketuai Perwakilan Arab Saudi ke Sidang Kemuncak Pemimpin G20
Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud akan mengetuai perwakilan Arab Saudi dan mengambil bahagian secara maya dalam perhimpunan dua hari Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Rom.