TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida bersama tiga menteri kabinet menikmati hidangan sashimi (hirisan ikan mentah) ketika makan tengah hari pada Rabu sebagai usaha untuk membuktikan produk makanan laut di negara itu adalah selamat.
Media tempatan melaporkan menu yang dihidangkan untuk mereka adalah hasil tangkapan di perairan Fukushima, kira-kira seminggu selepas langkah pelepasan sisa air terawat dari kemudahan nuklear yang mencetuskan kebimbangan banyak pihak.
"Hidangan termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan itu adalah dari Fukushima. Makan tengah hari yang ditunjukkan kepada umum itu adalah sebagai bukti komitmen beliau untuk memulihkan reputasi komuniti terlibat industri perikanan di wilayah itu.
"Ia adalah penting bagi menunjukkan bagaimana produk makanan itu selamat berdasarkan bukti saintifik untuk disebarkan kepada umum terutamanya di luar Jepun," kata Menteri Ekonomi dan Industri, Yasutoshi Nishimura yang turut menghadiri mesyuarat tersebut bersama Kishida.
Kishida juga dijadualkan mengadakan lawatan ke pasar ikan Toyosu di Tokyo pada Khamis untuk mempromosikan produk makanan laut Fukushima selepas China bertindak tegas mengenakan larangan terhadap hasil tangkapan laut dari negara tersebut kerana bimbang dengan impak radiasi.
Di Korea Selatan, Presiden Yoon Suk Yeol dilaporkan tidak ragu-ragu untuk menjamu menu berasaskan ikan.
Agensi berita Yonhap melaporkan, kafetaria pejabat presiden pada minggu ini tetap menyediakan hidangan makanan laut walaupun permintaan semakin merudum kerana khuatir pembuangan sisa air terawat radioaktif bakal memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai. - Agensi
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 31 2023
Makan tengah hari yang ditunjukkan kepada umum itu adalah sebagai bukti komitmen Kishida untuk memulihkan reputasi komuniti terlibat industri perikanan di Fukushima. - Foto Agensi via Sinar Harian
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
Lebih 500 pekerja lombong emas jadi tebusan
Seramai 543 pekerja sebuah lombong emas di timur Johannesburg di Afrika Selatan dijadikan tebusan sejak Ahad lepas, lapor Xinhua pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
73 maut termasuk tujuh kanak-kanak dalam kebakaran bangunan tinggal di Johannesburg
Bangunan itu adalah bangunan yang telah ditinggalkan tetapi masih diduduki golongan gelandangan.
PM Jepun makan ikan 'sashimi' mahu buktikan ia selamat
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menikmati hidangan sashimi ketika makan tengah hari sebagai usaha untuk membuktikan produk makanan laut negara itu adalah selamat.
Sekurang-kurangnya 63 maut dalam kebakaran bangunan di Johannesburg
Mulaudzi berkata angka kematian mungkin meningkat kerana usaha mencari mangsa masih diteruskan.
Letupan di Johannesburg disebabkan oleh kebocoran gas
Letupan itu menyebabkan beberapa kenderaan penumpang terbalik dengan permukaan jalan musnah seperti dilanda gempa bumi.
Pelajar di Afrika Selatan mula kembali ke sekolah
Murid-murid Gred 7 dan 12 merupakan kumpulan pertama kembali ke kelas setelah sekolah ditutup pada Mac lalu.
Serangan 20,000 lebah, penerbangan ditunda
Pakar dipanggil untuk menggeluarkan kira-kira 20,000 lebah dari enjin pesawat berkenaan dan pihak berkuasa berkata ia adalah kejadian yang jarang-jarang berlaku.
11 pemandu bas mini maut diserang hendap
Kesemua mangsa diserang hendap ketika dalam perjalanan pulang ke Johannesburg selepas menghadiri majlis pengebumian rakan mereka Sabtu lalu.
Baju rasis: Butik H&M di Johannesburg digeledah
Gara-gara bengang dengan insiden tulisan coolest monkey in the jungle yang tertera pada baju jenama H&M yang tular sebelum ini, sebuah butik jenama tersebut di pusat beli-belah Sandton City and Menl