BEIRUT: Perdana Menteri sementara Lubnan Najib Mikati mengeluarkan kenyataan pada lewat Selasa mengutuk letupan di pinggir selatan ibu negara Beirut yang membunuh seorang pemimpin kanan Hamas, menyifatkannya sebagai "jenayah baharu Israel."
Kumpulan Palestin Hamas mengesahkan pembunuhan timbalan ketuanya Saleh Arouri dalam letupan itu.
Hamas berkata dua komander sayap bersenjatanya, Briged Al-Qassam, turut terbunuh.
Agensi Berita Kebangsaan rasmi Lubnan sebelum ini melaporkan bahawa Arouri terbunuh dalam serangan dron Israel ke atas pejabat Hamas di Mecherfeh di selatan Beirut.
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan itu.
"Serangan ini bertujuan untuk mengheret Lubnan ke dalam fasa baharu konfrontasi berikutan serangan harian yang berterusan di selatan, yang mengakibatkan sejumlah besar kematian dan kecederaan," katanya.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri Lubnan berkata dalam hal ini, Beirut bercadang untuk memfailkan aduan dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) terhadap Israel berhubung serangan itu.
Lubnan sebelum ini telah membuat beberapa aduan terhadap Israel di UNSC, termasuk kes berkaitan serangan terhadap wartawan di selatan Lubnan dan pendudukan bandar sempadan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024

Beirut bercadang untuk memfailkan aduan dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) terhadap Israel berhubung serangan itu. - Gambar fail/Reuters

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PM Lubnan kutuk serangan Israel di Beirut
Perdana Menteri Lubnan mengutuk letupan di pinggir selatan ibu negara Beirut yang membunuh seorang pemimpin kanan Hamas.

Lubnan perlu segera bentuk kerajaan - Macron
Macron berkata pembentukan sebuah kerajaan baharu penting memandangkan ia adalah janji yang dibuat Adib.

Perdana Menteri Lubnan umum letak jawatan susulan insiden letupan
Perdana Menteri Lubnan mengumumkan perletakan jawatannya susulan dua letupan dahsyat yang menghancurkan sebahagian besar bandar raya ini, pada minggu lalu.

Penunjuk perasaan berkumpul luar rumah PM Lubnan, gesa letak jawatan
Hassan dilantik memegang jawatan tersebut pada 19 Disember lalu dan disokong kumpulan Hezbollah dan sekutunya.

Perdana Menteri Lubnan letak jawatan
Tidak sampai dua tahun mentadbir Lubnan, Perdana Menteri, Najib Mikati letak jawatan.