PARIS: Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Selasa mengarahkan pihak berkuasa tempatan menempatkan sejumlah pekerja di kilang penapisan bagi memastikan bekalan petrol ke stesen minyak di seluruh negara tidak terputus.
Perancis kini bergelut dengan mogok di kilang penapisan minyak yang dikendalikan oleh TotalEnergies dan ExxonMobil, lapor Xinhua.
"Gagal mencapai persetujuan berkenaan gaji tidak mewajarkan bekalan minyak disekat.
"Menolak rundingan menjadikan Perancis sebagai mangsa keadaan," kata Borne dalam sidang Dewan Perwakilan.
Menurut Borne, 30 peratus stesen minyak negara itu sudah kehabisan sekurang-kurangnya satu jenis bahan api, dengan wilayah Greater Paris dilaporkan antara terjejas teruk.
Pada hujung minggu, TotalEnergies dan Gabungan Am Buruh (CGT) bersetuju untuk memulakan rundingan tetapi tiada persetujuan dicapai setakat ini.
Penghantaran bahan api terjejas hingga menimbulkan kebimbangan kekurangan bahan api manakala perkhidmatan bas sekolah turut terjejas.
Menteri peralihan tenaga Perancis Agnes Pannier-Runacher pada Selasa memberi amaran mengenai harga dimanipulasi di beberapa stesen minyak.
"Ketegangan yang berlaku tidak mewajarkan kenaikan harga di beberapa stesen minyak.
"Kami tidak akan membenarkan harga dinaikkan sewenang-wenangnya," katanya dalam akaun media sosialnya.
Para pekerja melancarkan mogok menuntut kenaikan gaji untuk mengimbangi kadar inflasi tinggi di Perancis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022
Menurut Borne, 30 peratus stesen minyak negara itu sudah kehabisan sekurang-kurangnya satu jenis bahan api, dengan wilayah Greater Paris dilaporkan antara terjejas teruk. - Gambar fail REUTERS
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
Taufan Chido: Penduduk kepulauan Mayotte luah kemarahan pada Macron
Penduduk terjejas akibat taufan Chido di kepulauan Mayotte merayu kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk melakukan lebih banyak usaha membantu mereka pada Khamis.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Michel Barner disingkir sebagai PM Perancis dalam undi tidak percaya
Barner dipaksa meletakkan jawatan hanya tiga bulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Perancis.
Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol
Kesatuan sekerja CGT melaporkan 100,000 peserta hadir dalam protes pada Sabtu, termasuk 80,000 di Paris.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.
Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir
The Azzurri menewaskan Belgium 1-0, dengan Sandro Tonali menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.
Liga Negara-Negara UEFA: Hilang bisa tanpa Mbappe, skuad Perancis ibarat sama seperti PSG
Di sebalik kegagalan mendapatkan gol kemenangan, Perancis memastikan mereka melangkah ke suku akhir bersama Itali.
Mbappe tidak mahu bermain untuk Perancis lagi
Mbappe sedang mempertimbangkan keputusan untuk meninggalkan pasukan kebangsaan Perancis, menurut laporan beberapa media di Eropah.