Singapura lazimnya mengadakan pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas jawatankuasa tersebut menerbitkan laporan mengenai semakan itu.
Badan pilihan raya republik itu berkata, semakan bertujuan menilai sempadan kawasan pilihan raya berdasarkan perubahan populasi dan laporan susulan digunakan untuk menentukan bilangan calon di setiap kawasan serta jumlah Ahli Parlimen.
Hab kewangan Asia itu mesti mengadakan pilihan raya umum sebelum November tahun ini, tetapi Perdana Menteri, Lawrence Wong mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya lebih awal.
Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diterajui Wong hampir pasti mendominasi pilihan raya dan memenangi sebahagian besar kerusi seperti yang berlaku dalam setiap pilihan raya sejak kemerdekaan pada 1965.
Namun, peratusan undi popular yang diperoleh PAP akan menjadi penanda aras untuk mengukur tahap sokongan awam terhadap Wong.
Wong mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Mei 2024, menggantikan Lee Hsien Loong, yang mentadbir negara itu selama dua dekad.