BANGKOK: Perdana Menteri baharu Thailand, Srettha Thavisin bertemu dengan bekas Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada Khamis dan kedua-dua pemimpin bertukar pandangan dan berbincang mengenai masa depan negara.
Pertemuan di 'Government House' itu menandakan detik peralihan politik pertama dalam negara yang diperintah ketenteraan sejak sembilan tahun kebelakangan ini.
Srettha berkata beliau membuat kunjungan hormat kepada bekas perdana menteri serta mengadakan perbincangan yang membina.
"Kami membincangkan bagaimana untuk menerajui negara bergerak ke hadapan. Beliau (Prayuth) memberi nasihat agar saya kekal tenang, sabar dan menjaga negara, agama, dan sistem raja," katanya.
Beliau menambah bahawa Prayuth juga menasihatinya untuk mengambil pandangan yang lebih holistik dalam pentadbiran negara.
"Prayuth berkata ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana perdana menteri yang tamat berkhidmat dan yang baharu bertemu, bertukar pandangan, dan memberi nasihat mengenai negara," katanya.
Srettha, berusia 61 tahun dilantik sebagai Perdana Menteri ke-30 Thailand melalui undian Parlimen pada Selasa, mengakhiri kebuntuan politik berbulan-bulan selepas Pilihan Raya Umum pada 14 Mei.
Beliau telah menerima perkenan diraja secara bertulis dari Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu majlis di ibu pejabat Pheu Thai pada Rabu - sehari selepas beliau mendapat sokongan daripada 482 Ahli Parlimen. Beliau dijangka mengumumkan anggota Kabinetnya dalam tempoh beberapa hari akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023

Pertemuan di 'Government House' itu menandakan detik peralihan politik pertama dalam negara yang diperintah ketenteraan sejak sembilan tahun kebelakangan ini. - Gambar Reuters

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Pertahankan mandat PH di Pulai, Simpang Jeram - Bung Mokhtar
Sekiranya pembangkang menang di Johor, mereka tidak akan memainkan apa-apa peranan, pesan Bung Mokhtar.

PM Thailand Srettha bertemu Prayuth
Srettha bertemu dengan Prayuth pada Khamis dan kedua-dua pemimpin bertukar pandangan dan berbincang mengenai masa depan negara.