LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mungkin berdepan undi tidak percaya susulan pendedahan beberapa majlis keramaian yang diadakan di kediaman rasminya semasa perintah sekatan COVID-19.
Johnson sebelum ini menafikan dakwaan bekas penasihatnya bahawa beliau telah menipu Parlimen berhubung majlis berkenaan, lapor The Daily Telegraph dan ITV News.
Memetik laporan itu, jumlah ahli partinya sendiri yang diperlukan untuk mencetuskan undi tidak percaya itu mungkin tercapai pada Rabu.
Sebanyak 20 ahli Parti Konservatif yang berjaya memenangi kerusi dalam pilihan raya umum pada 2019 bercadang untuk mengemukakan surat undi tidak percaya mereka terhadap Johnson, memetik laporan Telegraph.
Dua tahun lalu, Johnson memenangi majoriti terbesar untuk Parti Konservatif sejak Margaret Thatcher pada 1987, yang membolehkan beliau akhirnya membawa keluar Britain daripada Kesatuan Eropah (EU).
Namun, popularitinya semakin merudum sejak kebelakangan ini terutamanya selepas pendedahan berlaku pelanggaran sekatan COVID-19 di Downing Street.
Bagi membolehkan pertukaran jawatan nombor satu itu, 54 daripada 350 Ahli Parlimen daripada Parti Konservatif harus mengemukakan undi tidak percaya kepada pengerusi jawatankuasa parti.
Setiap undi adalah rahsia dan hanya pengerusi mengetahui berapa ramai Ahli Parlimen yang mengemukakan surat tersebut.
Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 11 perhimpunan telah diadakan di kediaman rasmi Johnson di 10 Downing Street serta di beberapa jabatan kerajaan lain di antara Mei 2020 dan April 2021 ketika sekatan COVID-19 yang mengehadkan jumlah individu yang dibenarkan berhimpun.
Skandal tersebut menyebabkan populariti Johnson serta Parti Konservatif jatuh sejak kebelakangan ini.
Astro Awani
Wed Jan 19 2022
Boris Johnson mungkin berdepan undi tidak percaya susulan pendedahan beberapa majlis keramaian yang diadakan di kediaman rasminya semasa perintah sekatan COVID-19. -Gambar fail/Reuters
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Tak sedar aksi dirakam, penyampai BBC mohon maaf kepada penonton
Seorang penyampai berita saluran BBC memohon maaf atas selepas tidak sengaja menunjukkan jari tengah ketika mula bersiaran di televisyen.
Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong
Ini sekaligus memberikan satu lagi tamparan kepada kerjaya politik bekas Perdana Menteri itu.
Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen
Siasatan mendapati bekas perdana menteri Britain Boris Johnson "berulang kali menghina" Parlimen berikutan penafiannya mengenai skandal "partygate".
Boris Johnson letak jawatan sebagai ahli parlimen
Bekas Perdana Menteri itu akui sedih apabila mengambil keputusan letak jawatan.
Kerajaan Britain diberi lebih masa serah mesej WhatsApp Boris Johnson
Hakim memberi tempoh sehingga Khamis, menyerahkan mesej dari aplikasi WhatsApp dan diari Johnson sebagai sebahagian daripada siasatannya.
Pengerusi BBC letak jawatan selepas laporan beliau terlibat dalam pinjaman untuk Boris Johnson
Pengerusi BBC Britain meletak jawatan pada Jumaat berikutan laporan yang mendapati beliau melanggar kod kerajaan.
'Tiada bukti saya mengelirukan Parlimen' - Boris Johnson
Boris Johnson menafikan beliau sengaja mengelirukan Dewan Rakyat dalam skandal parti di pejabat Downing Street.
Boris Johnson dipilih bertanding di Uxbridge, bagi pilihan raya umum akan datang
Pilihan raya umum akan datang di United Kingdom dijangka berlangsung selewat-lewatnya pada Januari 2025.
PM UK: Boris Johnson tarik diri, Rishi Sunak calon kegemaran
Percubaan kali pertama Sunak ialah pada musim panas lalu berikutan peletakan jawatan Johnson, tetapi kalah kepada Liz Truss, yang meletak jawatan Khamis lalu.
Boris Johnson tidak akan sertai perlumbaan jadi PM
Beliau memutuskan bahawa ia adalah satu keputusan yang tidak wajar untuk berbuat demikian pada masa ini.