Polis Imigresen Thailand akan memasang sistem pemeriksaan pasport automatik di pintu masuk negara ini bagi menambah baik sistem penyampaiannya dan mencegah perbuatan rasuah dalam kalangan pegawainya.
Keputusan itu diambil susulan lawatan Pesuruhjayanya Lt. Jen. Natthathorn Proussunthorn ke Pusat Pemeriksaan Imigresen Sadao yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam, Malaysia, pada Selasa.
"Polis Imigresen merancang menggunakan sistem pemeriksaan pasport automatik bagi menambah baik urusan imigresen dan mencegah amalan rasuah,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau melakukan lawatan ke pusat itu berikutan aduan pelawat Malaysia dalam media Thailand baru-baru ini bahawa mereka perlu menyelit wang RM2 dalam pasport masing-masing sebagai sagu hati atau 'duit kopi' untuk pegawai imigresen memproses kemasukan mereka.
Semasa lawatan itu, Natthathorn juga mengadakan perjumpaan dengan para pegawai sempadan Malaysia yang bertugas di Pusat Pemeriksaan Imigresen Bukit Kayu Hitam dan bermesyuarat untuk melancarkan urusan di pusat pemeriksaan kedua-dua negara.
Menurut media tempatan, enam pegawai imigresen Thailand dipindahkan daripada bertugas di Sadao berikutan aduan mengenai 'duit kopi'.
Bernama
Thu Jul 13 2017
Ramai pelancong mengadu mereka perlu menyelit wang RM2 dalam pasport masing-masing sebagai sagu hati atau 'duit kopi' untuk pegawai imigresen memproses kemasukan mereka. -Wikipedia
Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting
Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi kepulangannya ke Sporting CP dengan berkata adalah tidak masuk akal untuk dia kembali ke kelab zaman remajanya itu.
Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.
Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.
AWANI Ringkas: SPRM teliti dokumen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.
SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL, kata Ketua Pesuruhjayanya.
AWANI Pagi: Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-43 tahun 2025
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Almirulita Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) berhubung Sambutan Hari Kastam Sedunia yang akan berlangsung 10 Februari ini.
Shah Rukh Khan didakwa beri 'duit kopi' RM13 juta gugur kes dadah anak
SRK dikatakan menawarkan wang berjumlah 250 juta rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede.
Rasuah jadi endemik: 'Dulu duit kopi, sekarang duit kondo...' - Ameer Ali Mydin
Ameer berharap lebih ramai ahli perniagaan akan bersuara kerana golongan itu dilihat mempunyai platform dan pengaruh yang diperlukan.
Warga Vietnam tawar rasuah RM50, dipenjara sehari, denda RM1,000
Li Ti Tho Nga, 40 tahun, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, ditahan polis di satu persimpangan di bandar Rompin Pahang, ketika menaiki motosikal jenis Modenas pada 7 September lalu.
Polis Imigresen Thailand pasang mesin pasport di pintu masuk
Polis Imigresen merancang menggunakan sistem pemeriksaan pasport automatik bagi menambah baik urusan imigresen dan mencegah amalan rasuah.