BAITULMAQDIS: Polis Israel menyerbu perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada Ahad mencetuskan lagi pertempuran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 lagi rakyat Palestin cedera, lapor Xinhua.
Rakyat Palestin yang berada di perkarangan masjid telah diusir menyebabkan berlaku pertempuran antara jemaah dengan polis Israel.
Sementara itu, Agensi Anadolu melaporkan polis Israel telah menyekat rakyat Palestin daripada memasuki masjid untuk memberi laluan kepada beratus-ratus pendatang Yahudi.
Menurut akhbar Haaretz, seramai 728 pendatang masuk ke kawasan masjid sambil diberi perlindungan yang ketat daripada polis Israel.
Menurut saksi polis menutup pintu Kota Lama Baitulmaqdis untuk menghalang penduduk Palestin dari luar bandar memasuki masjid.
BACA: Polis Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa, sekurang-kurangnya 60 rakyat Palestin cedera - Laporan
Bagaimanapun, sekatan itu kemudiannya dilonggarkan.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin selepas tentera Israel pada Jumaat menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa yang menyebabkan ratusan jemaah cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022

Polis Israel menyerbu perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada Ahad mencetuskan lagi pertempuran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 lagi rakyat Palestin cedera. - Foto AP

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pakistan, negara Islam lain kecam tindakan Israel serbu Masjid Al Aqsa
Insiden sebegitu melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan, menjejaskan norma dan amalan antarabangsa.

Malaysia sertai negara OIC kecam tindakan AS
Malaysia juga menekankan pendirian sama dengan negara-negara Islam lain bagi mengecam tindakan biadap Amerika Syarikat yang mengisytihar Baitulmqadis sebagai ibu negara Israel.