Pihak berkuasa Thai merampas sejumlah besar mata wang Ringgit Malaysia (RM) dan Thai Baht dipercayai hasil jualan dadah di selatan Thailand serta Kelantan dalam satu sekatan jalan raya di sini.
Ketua Polis Bahagian Kesembilan Mej Jen Sakorn Thangmuni berkata, seorang lelaki dan seorang wanita menaiki sebuah kereta ditahan dalam sekatan jalan raya yang seterusnya membawa kepada penemuan sejumlah besar wang.
"Dalam sekatan jalan raya itu, pihak berkuasa hanya menemui wang sebanyak satu juta Baht tetapi tiada barangan menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini pada Khamis.
Hasil siasatan lanjut, pihak berkuasa menurutya mendapati wanita berusia 47 tahun terbabit pernah cuba mengirim lima juta Baht (kira-kira RM641,000) kepada pengedar dadah di Sungai Golok, sebelum berjaya dirampas.
Sakorn juga berkata, suami wanita itu sedang meringkuk di dalam penjara di Kelantan selepas ditahan bersama-sama 70,000 pil kuda dalam satu operasi kira-kira tiga tahun lepas.
Wanita terbabit kemudiannya telah membawa anggota pihak berkuasa ke sebuah kondominium di Hatyai, di mana pihaknya menemui wang tunai sebanyak RM1.5 juta dan 41 juta Baht (kira-kira RM5.2 juta).
"Kesemua duit itu disembunyikan dalam dua buah beg di bawah katil. Pihak berkuasa juga menemui pelbagai barangan kemas, selain turut merampas sebuah kereta," katanya.
Seterusnya dalam serbuan ke rumah wanita itu di Sungai Golok, pihak berkuasa menemui wang tunai sebanyak RM80,000 yang diakui olehnya sebagai milik suami beliau yang sedang ditahan di penjara di Kelantan, katanya.
Sakorn berkata, kedua-dua yang ditahan itu akan dipindahkan ke Bangkok bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat sama ada mereka terlibat dengan rangkaian Raja Dadah ASEAN atau seorang pengedar dadah utama selatan Thailand. -- Bernama
Bernama
Thu Feb 09 2017
Pihak berkuasa Thai merampas sejumlah besar duit dalam matawang Ringgit Malaysia dan Baht Thai daripada seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai hasil jualan dadah di selatan Thai dan Kelantan.- Foto Bernama
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Polis Thai rampas sejumlah besar wang tunai dipercayai hasil jualan dadah
Pihak berkuasa Thai merampas sejumlah besar mata wang Ringgit Malaysia (RM) dan Baht dipercayai hasil jualan dadah di selatan Thailand serta Kelantan dalam satu sekatan jalan raya di sini.