WASHINGTON: Kajian terbaharu yang diterbitkan sebuah jurnal di Amerika Syarikat mendapati bilangan semut yang wujud di muka bumi dianggarkan berjumlah 20 kuadrilion, satu angka yang mengejutkan.
Memetik laporan AFP, jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS) berpandangan pengiraan populasi semut itu adalah penting terutamanya untuk mengukur kesan perubahan habitat serangga itu termasuk yang berpunca dari perubahan iklim.
Kehadiran populasi semut juga memainkan peranan penting, menyebarkan benih, menjadi perumah organisma dan berperanan sama ada sebagai pemangsa atau mangsa.
Sebelum ini, beberapa kajian pernah dijalankan menganggarkan populasi semut di seluruh dunia tetapi menghasilkan jumlah lebih kecil.
Menurut jurnal PNAS itu lagi, penyelidik melakukan sebanyak 465 kajian mengira bilangan semut di seluruh dunia.
Kajian dijalankan menggunakan dua teknik iaitu dengan memasang perangkap menangkap semut yang lalu lalang dalam tempoh masa tertentu atau mengira bilangan semut pada tompokan daun tertentu di atas tanah.
Sementara itu, kajian dijalankan di seluruh benua kecuali Afrika Tengah dan Asia, menghasilkan data populasi semut dalam skala lebih kecil.
Pada masa ini, lebih daripada 15,700 spesies dan subspesies semut telah dinamakan dan bermungkinan bilangan yang sama juga yang masih belum dikategorikan.
Dalam pada itu, penyelidik merancang untuk mengkaji faktor persekitaran yang mempengaruhi jumlah populasi makhluk kecil itu di masa akan datang.
Agensi
Tue Sep 20 2022

Lebih daripada 15,700 spesies dan subspesies semut yang telah dinamakan dan bermungkinan bilangan yang sama juga yang masih belum dikategorikan. - Gambar/UNSPLASH
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Semut dalam bekas gula? Ikuti petua mudah halau semut
Mari cuba tips dan petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.

Populasi semut dianggar 20 kuadrilion ekor di seluruh dunia - Kajian
Kajian baharu yang diterbitkan sebuah jurnal menunjukkan bilangan semut yang ada di muka bumi dianggarkan berjumlah 20 kuadrilion atau 20 juta bilion, sebuah angka yang mengejutkan penduduk dunia.

Sultan Johor perkenan nama spesies semut baharu 'Echinopla Tunku-Abduljalilii'
Spesies baharu itu dikutip daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang dekat Labis.

Saintis temui spesies 'semut kamikaze, bunuh diri' di Borneo
Salah satu keistimewaan semut ini ialah apabila diancam, ia akan meletupkan badannya sendiri.