JAKARTA: Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto pada Isnin menghadap Raja Jordan, Raja Abdullah II di Amman untuk membincangkan bantuan kemanusiaan dan perlindungan untuk warga Gaza.
Pertemuan itu merupakan sebahagian daripada aktiviti Prabowo yang mewakili Presiden Joko Widodo di Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons Kemanusiaan Segera untuk Gaza" yang diadakan pada Selasa.
Semasa pertemuan itu, Prabowo menekankan peranan Jordan sebagai satu daripada rakan kongsi paling aktif Indonesia dalam memperjuangkan isu rakyat Palestin.
"Kerajaan Indonesia sedang memantau dengan teliti situasi yang semakin merosot di Gaza. Jumlah korban dan kecederaan terus meningkat. Indonesia amat prihatin dengan keadaan yang sangat rentan di Gaza," menurut Prabowo dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Raja Abdullah II menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan atas kehadiran Prabowo di Jordan bagi pihak Presiden Jokowi pada persidangan itu.
Kedua-dua pemimpin menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa dalam menyelaras dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Raja Abdullah II menegaskan kepentingan Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Gaza dalam menyatukan usaha untuk menyelaras dan meningkatkan bantuan kemanusiaan ke wilayah itu serta menekankan keperluan untuk gencatan senjata segera di Gaza dan perlindungan terhadap orang awam.
Raja Jordan juga mengalu-alukan usaha Indonesia untuk mempromosikan keamanan di rantau berkenaan dan sokongannya terhadap Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
Baginda bertitah supaya keperluan untuk satu ufuk politik diberikan penekanan bagi mencapai keamanan yang adil dan menyeluruh berdasarkan penyelesaian dua negara, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024
Prabowo menekankan peranan Jordan sebagai satu daripada rakan kongsi paling aktif Indonesia dalam memperjuangkan isu rakyat Palestin. - Instagram @prabowo
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
Zoo Yangon sambut ulang tahun ke-119
Zoo Yangon menyambut ulang tahun ke-119 yang juga merupakan zoo tertua di asia tenggara.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.
Malaysia, Indonesia komited angkat kekuatan ekonomi kedua negara - PM
Kerjasama sektor digital yang menjadi teras transformasi ekonomi masa depan adalah antara isu yang akan dibincangkan.
Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
Pesawat khas yang membawa Prabowo serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pukul 10.15 pagi.
Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia
Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara.
Presiden Indonesia Prabowo arah henti import beras, garam, gula dan jagung pada 2025
Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan menterinya untuk menghentikan import beras, garam, gula dan jagung pada 2025.
Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan penambahan anggaran
Beliau menyatakan, langkah pencegahan telah dilaksanakan untuk mengelakkan 'mark up', termasuk program pendigitalan untuk perolehan.
Prabowo arah kos haji 2025 lebih murah
Prabowo meminta supaya usaha merasionalkan kos itu dibuat tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.