RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata pada Jumaat bahawa Israel perlu berundur dengan segera dan sepenuhnya dari Semenanjung Gaza dan menghentikan segala tindakan unilateral di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.
Beliau berkata demikian semasa perbualan telefonnya dengan Presiden Bulgaria Rumen Radev yang menumpukan kepada isu Palestin, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).
Abbas menekankan kepentingan sebuah negara Palestin untuk menjalankan tanggungjawabnya di Gaza dan Tebing Barat dan mengetengahkan keperluan menubuhkan satu mekanisme untuk kemasukan bantuan kemanusiaan dan perubatan ke Gaza.
Beliau juga menekankan pencegahan pemindahan rakyat Palestin secara paksa dan keperluan mendapatkan status negara anggota penuh dalam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).
Radev berharap konflik di Gaza akan berakhir dan menyuarakan keinginannya untuk melihat rakyat Palestin mencapai kemerdekaan dan mempunyai semua hak mereka sebagai warganegara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024

Abbas menekankan kepentingan sebuah negara Palestin untuk menjalankan tanggungjawabnya di Gaza dan Tebing Barat. - Foto AP

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Ketegangan di sempadan Gaza-Israel memuncak, puluhan warga Palestin maut
Sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin maut dan ratusan lagi cedera selepas pihak keselamatan Israel melancarkan operasi mengekang tunjuk perasaan besar-besaran di Gaza.