CAPE TOWN: Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa pada Khamis mengisytiharkan darurat bencana kebangsaan bagi menangani krisis bekalan elektrik negara itu, lapor Xinhua.
"Pusat Pengurusan Bencana Negara telah mengklasifikasikan krisis tenaga dan kesannya sebagai bencana.
"Oleh itu, kami mengisytiharkan darurat bencana negara untuk bertindak balas terhadap krisis elektrik.
"Pengumuman ini akan membolehkan kami menyediakan langkah praktikal yang perlu untuk menyokong pengeluaran makanan, penyimpanan dan rantaian bekalan runcit, termasuk pelancaran penjana, panel solar dan bekalan kuasa tanpa gangguan," kata Ramaphosa semasa menyampaikan Ucapan Negara 2023 di Cape Town.
Ramaphosa juga akan melantik menteri elektrik untuk memikul tanggungjawab penuh mengawasi semua aspek tindak balas krisis tenaga.
Afrika Selatan mengalami gangguan bekalan elektrik yang teruk, iaitu sekitar lapan jam dalam sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023

Maklum Ramaphosa, Pusat Pengurusan Bencana Negara telah mengklasifikasikan krisis tenaga dan kesannya sebagai bencana. - Fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan
Errol Musk yang menetap di Afrika Selatan jadi perantara anaknya dan Presiden Cyril Ramaphosa dalam diplomasi tertutup.

Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan
Ahli Parlimen Afrika Selatan pada Jumaat malam memilih semula Cyril Ramaphosa sebagai presiden negara itu untuk penggal kedua semasa sidang pertama badan perundangan, lapor Agensi Anadolu.

Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.

Presiden Afrika Selatan isytihar bencana kebangsaan akibat krisis tenaga
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa mengisytiharkan darurat bencana kebangsaan bagi menangani krisis bekalan elektrik negara itu.

Cyril Ramaphosa presiden baharu Afrika Selatan
Cyril Ramaphosa hari ini telah dipilih sebagai Presiden Afrika Selatan yang baharu selepas bekas presidennya Jacob Zuma meletak jawatan pada Rabu.

Terpalit skandal rasuah, Presiden Afrika Selatan letak jawatan
Beliau yang terpalit dengan pelbagai skandal rasuah membuat kenyataan itu menerusi siaran televisyen ke seluruh negara.

Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mohon maaf seleweng dana untuk kediaman peribadi
Mahkamah Perlembagaan negara itu mengarahkan beliau membayar balik sebahagian wang dana kerajaan yang diselewengnya.