Lourenco menggantikan Pengerusi AU sebelumnya, Presiden Mauritania Mohamed Ould Cheikh Ghazouani yang memegang jawatan itu sejak Februari tahun lepas ketika sesi Ke-37 Perhimpunan AU.
Dalam ucapan penerimaannya, Lourenco menzahirkan keazamannya yang kuat untuk mempercepatkan aspirasi utama blok pan-Afrika itu melalui usaha menggalakkan perpaduan benua dan kemajuan sosioekonomi.
"Visi saya, mengenai apa yang penting dengan mengambil kira masa depan, adalah untuk menamatkan konflik di Afrika, menangani cabaran perubahan kerajaan yang tidak mengikut perlembagaan, keganasan, dan cabaran lain berkaitan bencana alam akibat perubahan iklim, penyakit dan ancaman kesihatan awam yang menyeru kita untuk menyatukan usaha kita dalam mencari penyelesaian kolektif," katanya kepada para pemimpin Afrika yang menghadiri sidang kemuncak AU.
Sambil memuji kepimpinan Ghazouani yang dinamik dan proaktif semasa menerajui badan benua itu, Lourenco menegaskan komitmen kuatnya untuk mempertingkatkan pencapaian terdahulu sepanjang menjadi pengerusi AU pada 2025.
Sementara itu, Ghazouani menyeru para pemimpin Afrika untuk terus berusaha mencapai pembangunan benua yang aman, kerjasama lebih erat dan pengukuhan blok serantau yang dianggotai 55 negara itu.
-- BERNAMA
