BUENOS AIRES: Presiden Argentina Alberto Fernandez dibawa ke hospital swasta di tengah Buenos Aires selepas mengalami sakit pinggang yang teruk, menurut kenyataan daripada pasukan perubatannya pada Selasa.
Fernandez akan menjalani pemeriksaan untuk menentukan jenis rawatan yang diperlukannya, lapor Anadolu Agency memetik kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, orang ramai akan dimaklumkan mengenai perkembangan terkini kesihatan presiden.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Dr Federico Saavedra, yang menurut akhbar harian tempatan Infobae merupakan doktor peribadi Fernandez sejak lebih sedekad.
Pada Selasa, Fernandez menjalankan tugas dari kediaman rasminya di Quinta de Olivos di Buenos Aires, hari kedua berturut-turut beliau tidak berada di Casa Rosada atau istana presiden, menurut agensi berita Noticias Argentinas.
Fernandez mengalami masalah kesihatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Semasa lawatan ke Bali, Indonesia untuk menghadiri sidang kemuncak G20 pada November tahun lepas, beliau mengalami gastrik erosif dan dirawat di hospital tempatan.
Pada April 2021, Fernandez dijangkiti coronavirus.
Pada Jun 2019 semasa prapencalonan parti politiknya Frente de Todos menjelang pilihan raya presiden tahun itu, beliau dimasukkan ke hospital swasta selepas disahkan menghidap pleurisy, keradangan pada lapisan paru-paru yang biasanya menyebabkan sakit di bahagian dada.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

Fernandez mengalami masalah kesihatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. - Foto fail/REUTERS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Presiden Argentina dirawat di hospital swasta
Presiden Argentina Alberto Fernandez dibawa ke hospital swasta di tengah Buenos Aires selepas mengalami sakit pinggang yang teruk.

Presiden Argentina lantik Perdana Menteri baharu
Presiden Argentina Alberto Fernandez melantik bekas menteri pertahanan Agustin Rossi sebagai perdana menteri baharu, menurut kenyataan pejabat presiden pada Selasa.

AS$44 bilion didakwa lesap, Fernandez mahu saman kerajaan Macri
Fernandez mengumumkan telah mengarahkan peguam negara memulakan siasatan untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab ke atas penyelewengan terbesar dalam sejarah itu.

Argentina berkabung tiga hari mengenang pemergian Maradona
Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari buat negara tersebut.

Luis Arce angkat sumpah sebagai Presiden Bolivia
Acara angkat sumpah itu turut dihadiri Raja Sepanyol VI, Presiden Argentina, Alberto Fernndez, dan Presiden Colombia, Ivan Duque.

COVID-19: Argentina lanjutkan perintah berkurung sehingga 12 April
Pengumuman dibuat menerusi siaran televisyen pada Ahad, selepas menerima nasihat daripada pakar jawatankuasa kesihatan dan saintis negara itu.